November 29, 2015

"We are Friends for Life"


“Friendship- my definition- is built on two things. Respect and trust. Both elements have to be there. And it has to be mutual. You can have respect for someone, but if you don't have trust, the friendship will crumble.” 



Assalammualaikum. Semoga semuanya berbahagia dan sentiasa tersenyum seperti saya. :) 

Hari ni saya nak cerita mengenai sahabat2x saya pulak. Insan-insan inilah yang saya abadikan di dalam salah satu lembaran hidup saya. Sudah genap 4 tahun kami bersahabat dan kadang2x kami berkasih sayang, rindu-rinduan, tolong-menolong, bekerjasama, berkongsi kesenangan mahupun kesusahan, bahkan kami pernah saling menyakiti. Tapi, indahnya sahabat ini adalah kenangan yang indah akan sentiasa dipahat di ingatan manakala kenangan yang pahit tidak akan pernah kami simpan di dalam hati. Yang hujung sebelah kiri tuh namanya Kak sue.. saja panggil kakak sebab dia lahir paling awal antara kami. Dia ni sangat kuat membebel tapi apa yang dibebelnya tuh adalah nasihat dan perkara yang baik untuk diri ini. Di sebelahnya pulak.. adik Jiha. hihihi. Paling bongsu antara kami. Paling ramai peminat tau. hehe, Istimewanya Jiha ni, dia tidak akan pernah menolak kalau ada yang minta pertolongan daripada dia. Persamaan saya dengan Jiha adalah mata sepet yang dikurniakan kepada kami, Jiha kata comel apa mata sepet. Seterusnya, adalah abg Manan. Hahaha. Ini orang betul2x pemikiran aras kreatif dan kritis. Apa pun yang dia nak lakukan mestilah berdasarkan pemikiran aras tinggi. Pertama berkumpulan dengan dia tuh rasa susah lah jugak nak sampai aras dia. Tapi bila dah lama2x tuh, senang jak nak selesaikan.. saya buat kerja yang aras sederhana dan dia buat aras tinggi. hehehehe. Settle dan tak payah nak fikir banyak. Yang bestnya sahabat saya yang satu ni dia sangat kreatif! Nanti bila saya nak kahwin, saya suruh jak lah dia jadi wedding planner saya.. Jimat! hihihi. Di sebelah dia pulak.. Pakcik Razal. Jangan hairan, saya memang gelar dia pak cik. hihihi. Sebab mulut dia macam pak cik2x. hahaha. Dia selalu kutuk saya. hihihi. Panggil saya gemuk la, panggil saya hodoh la.. hehe. Tapi, tak apa saya tak simpan dalam hati pun. Istimewanya si Pak Cik ni adalah.. dia seorang yang sangat rajin belajar. Apa yang kami tak faham berkenaan subjek atau tugasan, dia yang akan tunjuk ajar. Tengoklah dia, salah satu antara kami yang pakai jubah kuning. 1st Class Student! hihihi. Apa2x pun tahniah Pak Cik. Seterusnya, yang itu adalah Abg Zack. Suka panggil saya kakak, padahal dia yang lahir lebih awal dari saya. hehehe. Kami selalu bergaduh, ada jak yang kami tak serasi. Tapi tak sampai 2 minit kami bergaduh terus berbaik sudah. Itulah keistimewaan kami berdua! Dia ni kalau shopping mengalahkan saya. Semua tempat mahu dirondanya. Persamaan kami berdua adalah kami memang serasi kalau nak pergi tengok wayang dan karoksss. hehehe. Seterusnya, narh itu adalah saya. Okey, kita skip gambar saya terus beranjak ke sebelahnya. Cik manis Lala.. dia ni di mana ada saya di situ ada dia. hehehe. Kami selalu sama2x. Maklumlah sekampung. Hehehe. Masa Form 6 pun sama2x. Hihi. Lala ni pulak adalah orang yang paling banyak beri nasihat dan pandangan positif untuk saya. Macam kakak saya sudah. Dia ni pun suka tolong orang tau! hehehe. Apa yang saya buat mesti sama2x dengan lala. Itu lah orang cakap di mana ada lala, di situ ada saya. Macam belangkas! :) Sebenarnya, kurang ahli lagi. Kami sudah ajak bergambar sama2x tapi tuh la ada yang sudah pulang kampung, ada yang hilang tanpa radar, ada yang kerja dan ada yang jumpa gurlpren. HAHAHA. Sahabat saya yang lain yang turut menjadi pendamping 4 tahun di UMS.. abg long Nasruh (banyak cakap tapi suma loyar buruk, Lepas tuh suka remove orang di group whatsapp.. tapi ustaz yang paling baik dan sporting.. hihihi).. abg miji (satu2xnya kawan saya semenanjung, diterbangkan khas dari Kelantan.. duluk saya tak faham loghat kelantan dia.. sekarang saya faham dan boleh cakap kelantan dengan dia.. baik dan comel).. Aqilah (sahabat muslimah saya yang sentiasa hilang dari radar.. hehehe. Tapi, saya faham dia sibuk kerja. Dia sangat rajin dan salah satu pemegang Ijazah 1ST Class jugak..) seterusnya bro wan (dia pun kerja.. wan ni Mr Perfect 10 tau.. hihihi.. sentiasa kemas punya orang, nota pun kemas dan cantik.. syok photocopy nota dia.. hihihi) dan yang terakhir adalah Putra (selalu hilang dari radar.. muncul di saat2x akhir.. ni orang lucu.. cool jak. Tapi sentiasa menjaga hati orang lain.. ).. Okey, cukup 11 orang sahabat saya. Kami semua ada kelemahan dan kekurangan masing2x.. tapi kami sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau sorang tuh susah, kami semua akan berusaha nak tolong. Biarpun, kadang2x kami berbeza pendapat dan bertikam lidah tapi tak sampai 2 minit kami dah berbaik semula. Mereka adalah salah satu anugerah terindah yang dihadirkan dalam hidup saya. Tidak ada orang yang sempurna, begitu juga kami semua.. Kami lah kumpulan yang suka buat kerja last minute, esok nak buat presentation, malam ni stay up di Fakulti sampai keesokkan harinya. Lepas Subuh tuh, terus kami senaman pagi jalan kaki balik Kolej Kediaman.. siap dikejar anjing lagi. hehehehe. Akhirnya, kami semua konvo jugak. Semoga semuanya akan menjadi pendidik bangsa yang terbaik. Ingat, cita2x dan impian kita.. Menjadi Seorang Cikgu yang kreatif dan kritis yang boleh membawa kejayaan kepada anak-anak bangsa! 

“A true friend is someone you can count on no matter what.”


November 28, 2015

"Winners are not people who never Fail, but people who never Quit"

"...akhirnya ini milik saya!"



Peringkat pertama dalam hidup saya sudah selesai. Iyah, kejayaan yang pertama dalam hidup saya memegang segulung Ijazah. Dulu, masa primary school selalu duduk dekat kelas tak berapa nak pandai. Kelas Melodi la kata kan. Perlahan2x pindah kat kelas bagus sikit kelas Simfoni. Tapi, tak pernah dapat menginjak kelas paling pandai Harmoni. Biarpun duduk kat kelas yang corot, masa tuh budak2x hingusan lagi, manalah nak peduli kelas pandaika, kelas tak pandaika.. yang penting dalam otak nak bermain. Lepas tuh, peperiksaan UPSR pun tak berapa nak dipandang, iyala kan 1 A jak. Huhu. Bila masuk secondary school buat saya terkejut pulak, tiba2x masuk kelas paling pandai, kelas 1 Aktif. Pelik bin ajaib. Maybe, cegu kat sekolah menengah tuh salah letak nama saya kut. First2x tuh bangga jugakla masuk kelas pandai, duduk dengan budak2x pandai. Saya belajar la jugak bagus2x. Kununnya nak trip2x budak pandai. Hahahaha. Tapi, kejap jak belajar bagus2x. Masalah terbesar saya ketika itu adalah saya remaja yang baru nak rasa kebebasan. Pelajaran pun ditinggalkan. Kedudukan akademik dalam kelas ada 34 orang dan saya adalah orang yang terakhir. Masa naik tingkatan 2, saya dapat kelas Ceria. Iyah, kelas 2C. semua dalam kelas tuh ceria2x seperti saya. Yang bestnya kat kelas tuh tak pedulik pun pasal kedudukan akademik. Sumanya sibuk nak bermain dan bersukan. Hebat jugak saya sukan masa tuh.. suma saya ikut! Bola sepak.. Bola baling.. Bola jaring.. Hoki.. Kawad Kaki.. Tapi, akademik saya jatuh dengan teruk. Hari2x kena marah oleh beliau. Balik rumah mesti lewat. Sibuk sangat latihan sukan smpai lalai dan lupa. Masa tuh, saya tak pedulik lagi tentang pelajaran. Sampai saya berumur 17 tahun.. saya tak pernah sedar betapa pentingnya ilmu dan pelajaran. Peperiksaan SPM saya sangat tidak membanggakan. Kawan-kawan saya dari sekolah rendah lagi yang masih kekal di kelas A sumanya dapat result yang terbaik. Masa ambil result tuh, saya malu bila kawan2x yang lain bertanya pasal result saya. Fasa yang paling mengecewakan lagi bila suma kawan2x saya dapat sambung pelajaran di peringkat yang lebih baik. Ada yang masuk U jadi pelajar Asasi, ada yang masuk Matrikss and ada yang pegi sambung study luar negara lagi. Sumanya ditaja! Terbaik.. Saya pulak jadi Pelayan Restoran Futsal. Pergi kerja jam 9 Pagi dan balik kerja boleh sampai jam 2 Pagi. Penat sangat! Kadang2x ada jugak customers yang menyakitkan hati. Selalu marah tanpa belas kasihan. Hmm. Saya sabar, sebab sumanya salah saya. Siapa suruh tak belajar bagus2x. Masa tuh, saya berfikir panjang.. kalaulah beliau saya hantar saya study lagi, saya akan belajar sungguh2x. Sampai suatu saat, saya berhenti kerja dan duduk terperap kat rumah.. apa yang saya rasa masa tuh adalah hidup yang tidak ada arah tujunya. Saya ingat lagi.. saya kecewa sampai mengalami kemurungan. Siap jmpa Doktor Pakar lagi. hahaha. Syukur jak tak gila. hihihi. Akhir 2009, saya semak nama manalah tau dapat FORM 6.. IYAH.. saya dapat! hehehe. gembira sangat2x. Seperti semangat baru tiba2x muncul. hihihi. Beliau saya cakap masa tuh.. "Narh, ini peluang kedua tau. Bapa hantar belajar tingkatan 6 yah. Tapi, mesti belajar bagus2x! Siapa kata budak yang dulunya nakal dan keras kepala yang sntiasa berada di kelas tak berapa nak pandai tak boleh nak berjaya macam orang lain!" saya pegang kata2x itu hingga ke hari ini! Semua orang ada peluang kedua untuk berjaya. Akhirnya, impian saya tercapai! saya masuk tingkatan 6 dan berusaha untuk dapat kan keputusan STPM yang cukup membanggakan kedua ibu bapa saya. Selesai STPM, saya apply pulak IPTA. Itu impian ibu bapa saya..! Masa tuh, saya ada cita2x baru.. nak jadi seorang Cikgu. Saya nak jadi seorang pendidik bangsa. Saya nak sentiasa jadi semangat baru buat anak-anak bangsa. Apalagi, saya pun apply la dkat UPU Ijazah pendidikan dekat UMS. Pilihan pertama tau! hehehe. Syukur, dengan izin Allah dan berkat doa kedua orang tua saya, akhirnya saya dapat jugak apa yang saya apply. hehehe. Selama 4 Tahun belajar macam mana nak jadi Cikgu yang terbaik dan akhirnya 22 November 2015 adalah hari di mana saya selesai belajar dan memegang segulung Ijazah Pendidikan. Bukan Segulung Ijazah itu yang menggembirakan saya tapi kemahuan dan usaha serta semangat saya yang buat saya bangga dan terharu. Apa yang saya dapat ini adalah kejayaan sebenar kedua ibu bapa saya. Mereka adalah teraju utama di sebalik kejayaan saya. Ma n Pa.. akhirnyaa saya yang dulunya nakal dan degil berdiri atas pentas untuk bawa pulang kejayaan kita bersama dan syukur dipanjatkan kepada ILAHI kerana dengan adanya Izin Allah  semuanya diberkati dan dirahmati. Terima Kasih. 

                                              "Wherever you go, go with all your heart!"

October 20, 2015

Seindah Kasih Safirah Bab 4

Seindah Kasih Safirah 4


            “Zahran, aku perlukan pertolongan kau,” ujar Mazlan.
           
“Tolong apa Mazlan?” Dato Zahran bertanya.
           
“Pelabur dari Singapura tuh dah membatalkan semua pelaburan dalam projek company aku, sekarang syarikat I alami kerugian besar. Please Zahran, I janji lepas projek tuh berjaya, I akan bayar semua pinjaman tuh,” rayu Mazlan bersungguh-sungguh.

Mazlan merupakan sahabat baik Zahran sejak bertahun lamanya. Mazlan dan Zahran memang rapat sehingga berkongsi apa jua rahsia hidup.

Dato Zahran mula berfikir dengan ligat. Dato Zahran mengingat semula kisah silam sahabatnya Mazlan yang pernah diceritakan dahulu. Kisah hubungan cinta Mazlan dengan Siti Syuhada sejak di zaman Universiti yang membawa kepada perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga Mazlan yang membuatkan Mazlan terpaksa meninggalkan Siti Syuhada. Mazlan juga pernah berkongsi cerita mengenai anak lelakinya yang bernama Adi Fiqhrul iaitu anaknya dengan Siti Syuhada. Dato Zahran mula berfikir untuk menjodohkan Adi Fiqhrul dengan Amni secepat mungkin. Dato Zahran merasakan Adi Fiqhrul adalah calon yang ada di fikirannya buat masa ini.
           
“Aku boleh tolong kau Mazlan, tapi aku nak kau tolong aku juga.” Ujar Dato Zahran sambil tersenyum.
           
“Nak tolong apa?” tanya Mazlan.
            “Kau pernah cerita yang kau ada anak lelaki kan?” balas Dato Zahran.
           
“Ya, ada! Ahmad Hadi, tapi sekarang kan Hadi tengah sambung belajar, kenapa?” tanya Dato Mazlan lagi.
           
“Bukan Ahmad Hadi, yang aku maksudkan anak sulung kau dengan arwah Siti Syuhada, Adi Fiqhrul!” jawab Dato Zahran.
           
“Kenapa dengan Adi Fiqhrul?”
           
“Aku nak kahwinkan Adi Fiqhrul dengan anak aku, Amni!”
           
Mazlan memandang tepat ke wajah Dato Zahran.

            “Kahwin? Kenapa secara tiba-tiba?” tanya Mazlan.

            “Iya Mazlan! Aku perlu kahwinkan anak aku dengan segera. Amni Safirah mengandung anak luar nikah. Aku malu! Habis aku kalau rakan perniagaan dan pemegang saham tahu!” jelas Dato Zahran.

            “Permintaan ni sangat sukar buat aku Zahran,” ujar Mazlan.

“Aku sendiri belum pernah sempat berjumpa dengan Adi Fiqhrul, kau tau kan selama ni aku dapat tengok dia dari jauh jak. Macam mana aku nak suruh dia kahwin dengan Amni Safirah.” Wajah Mazlan sedikit kecewa dan sedih.

Mazlan yakin permintaan Dato Zahran tidak akan pernah dapat untuk dilaksanakan dengan segera dan secara langsung bantuan kewangan daripada sahabatnya itu akan hilang serta-merta.

“Mazlan, kau boleh pujuk anak kau untuk bersama dengan kau semula dan terima anak aku. Aku janji aku akan bantu syarikat kau tuh” pujuk Dato Zahran lagi.

Mazlan mula memikirkan sesuatu, dia perlu memujuk anak sulungnya kembali kepadanya. Dia sendiri juga amat merindui anaknya itu. Sudah tiba saatnya Adi Fiqhrul hidup bersamanya dan dia perlu melaksanakan tanggungjawab yang pernah ditinggalkannya dulu. Sekaligus untuk memenuhi syarat sahabatnya. Bantuan kewangan untuk membantu syarikatnya sememangnya diperlukan dengan serta-merta.

            “Macam mana?” tanya Dato Zahran. Lamunan Mazlan terhenti.

            “Zahran, aku akan cuba untuk mendapatkan anak aku kembali dan aku akan cuba untuk pujuk dia kahwin dengan anak kau” balas Mazlan.

           “Kalau macam tuh, kau mesti cuba dalam tempoh sebulan ni, perkahwinan ini perlu dijalankan dengan serta-merta.”

“Adi Fiqhrul akan terimakah perkahwinan ini dengan hati yang terbuka, perangai Adi Fiqhrul pun aku sendiri tidak pernah tahu macam mana karakternya” Gumam Mazlan dalam hati.


                        .      .      .      .      .


Mazlan menunggu kelibat Adi Fiqhrul dengan penuh sabar. Dia perlu bertemu dengan anaknya itu. Setelah Mazlan mendapat informasi keberadaan tempat Adi Fiqhrul menuntut ilmu. Beberapa minit kemudian telah berlalu. Mazlan terus mengenali wajah anaknya itu dengan mudah. Walaupun wajah itu tidak pernah ditemukannya, namun gambar yang ditatapnya selama beberapa tahun ini telah memudahkan dirinya untuk mengenali anaknya itu dengan mudah.

Mazlan mula bergerak berjalan menuju ke arah Adi Fiqhrul.

“Adi Fiqhrul!” Mazlan memberanikan diri untuk memanggil nama anak sulungnya itu.

“Iya Encik, ada apa?” tanya Fiqhrul dengan wajah yang kebingungan.

“Saya ada hal penting nak bincang dengan Fiqhrul, boleh ikut saya untuk berbincang di tempat lain?” ajak Mazlan.

“Berkenaan hal apa?”tanya Fiqhrul bingung.

“Sesuatu yang perlu Fiqhrul tahu, mengenai latar belakang Fiqhrul!” Pujuk Mazlan lagi.

Fiqhrul dengan segera menerima ajakan Mazlan dan terus mengikuti masuk ke dalam kereta Mazlan dan menuju ke sebuah restoran. Fiqhrul mula berasa kekok. Fiqhrul juga tidak sabar untuk mengetahui hal penting yang hendak dibincangkan oleh lelaki yang berada di hadapannya itu.

         “Hal apa yang Encik nak bincangkan?” Fiqhrul memulakan perbualan. Mazlan mula tidak berasa tenang.

 “Saya adalah Ayah kandung kepada Adi Fiqhrul!” jelas Mazlan perlahan-lahan.

Fiqhrul terkejut dengan pengakuan daripada lelaki tersebut.
           
“Jangan bergurau la Encik, ayah dan ibu saya sudah lama meninggal dunia. Nenek satu-satunya ahli keluarga yang saya ada!” balas Fiqhrul.

           “Biar ayah jelaskan semuanya ya. Ayah dan arwah ibu Fiqhrul saling mencintai, kami bercinta dan kahwin. Tapi perkahwinan kami tidak mendapat restu. Arwah ibu kepada ayah iaitu nenek Fiqhrul teringin nak kahwinkan ayah dengan orang lain. Ayah dan arwah ibu Fiqhrul berpindah dan tinggal di kampung bersama nenek Fiqhrul. Kemudian ayah menerima panggilan dari arwah nenek Fiqhrul, yang datuk Fiqhrul diserang sakit jantung. Selepas kematian datuk Fiqhrul, Ayah perlu menemani nenek Fiqhrul yang mengalami tekanan perasaan dan Ayah perlu mengambil alih tanggungjawab arwah atuk Fiqhrul di syarikat tuh.” luah Mazlan dengan bersungguh-sungguh.
           
            “Lepas tuh Encik tinggalkan ibu saya?” tanya Fiqhrul.

“Ayah yang salah! ayah terpaksa memenuhi permintaan arwah nenek Fiqhrul. Masa tuh nenek Fiqhrul sakit tenat. Ayah terpaksa berkahwin dengan Halena isteri ayah sekarang. Lepas sahaja berkahwin dengan Halena, Ayah malu untuk bertemu dengan arwah ibu Fiqhrul. Ayah curang! Ayah membuat keputusan untuk tinggalkan arwah ibu Fiqhrul, ayah hilang tanpa khabar.”

Kedengaran sayu Mazlan menceritakan kesemua kisah silam terhadap anaknya.

               Fiqhrul masih kelihatan bingung dengan apa yang baru sahaja di dengarnya.

 “Beberapa tahun kemudian, ayah mula mengupah penyiasat untuk siasat perkembangan hidup arwah ibu Fiqhrul. Barulah ayah tahu Siti Syuhada, wanita yang paling ayah sayang telah meninggal dunia dan telah melahirkan seorang bayi lelaki Adi Fiqhrul. Ayah pernah datang untuk mengambil Fiqhrul tapi nenek Fiqhrul tidak mengizinkan dan membawa lari Fiqhrul berpindah ke kampung lain. Ayah cuba mencari dan menjejaki Fiqhrul dan 2 tahun yang lalu ayah tahu keberadaan Fiqhrul dan ayah hanya boleh tengok gambar Fiqhrul dan peduli Fiqhrul dari jauh. Ayah minta maaf. Ayah menyesal dengan perbuatan ayah.” Sambung Mazlan lagi dan dengan laju Mazlan menitiskan air mata.

Fiqhrul sepertinya hilang kata-kata dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Pelbagai perasaan yang dirasai oleh Fiqhrul. Sama ada gembira ataupun sedih. Tanpa berfikir panjang, Fiqhrul hanya terus memeluk ayah yang lama dirinduinya. Fiqhrul yakin perasaannya sekarang adalah berasa bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah. Namun, pelbagai soalan yang kini timbul dalam fikirannya. “Kenapa nenek perlu tipu dengan aku,” getus Fiqhrul di dalam hati. Fiqhrul ingin sekali terus pulang ke kampung untuk mendapatkan penjelasan dari neneknya. Fiqhrul meleraikan pelukan ayahnya.
           
“Fiqhrul bersyukur sebab ada aa...y...ah lagi,” luah Fiqhrul dengan suara yang terketar-ketar kerana masih belum biasa untuk menggunakan gelaran ayah. Seterusnya Mazlan menghantar Fiqhrul untuk pulang ke kampung dan berbincang dengan Nek Yam untuk menuntut Fiqhrul kembali sebagai anak sulungnya. Sepanjang perjalanan pelbagai topik yang dibicarakan oleh Fiqhrul dan ayahnya. Mazlan akui yang Fiqhrul sememangnya anak yang mendengar kata dan menghormati orang tua. Fiqhrul juga seorang lelaki yang bijak dan mempunyai raut wajah yang tampan. “Persis sepertiku,” bisik Mazlan di dalam hati.

 Mazlan tersenyum. Dia bersyukur kerana anaknya itu tidak menyalahkan dirinya. Malah menerimanya dengan hati yang terbuka. Sudah terlalu lama dia mengimpikan untuk menajalankan tanggungjawabnya terhadap anaknya itu.  

October 19, 2015

'Hidayah'

"TUHAN tidak memberiku hidayah, Bagaimana diri hendak berubah??"

Jawapan yang seringkali diberikan kepada rakan2x bila mereka berusaha untuk melihat diri ini berubah. Kini, diri ini mula sedar.. dan semoga akan sentiasa istiqamah "Tiada Usaha.. lambatlah turun Hidayah!! " Teringat kata2x sahabat saya, penyesalan yg tidak berguna adalah penyesalan yang berlaku di hari akhirat. Iyah, AKHIRAT adalah dunia yg kekal abadi! AKHIRAT juga tempat kita menuai semua hasil setiap amalan yg kita lakukan di dunia dan bukannya untuk kita menanam lagi! Tiada guna lagi untuk kita merayu dan memohon keampunan bila di Akhirat.. Sentap! Itu yang saya rasakan bila sahabat itu mula berbicara mengenai penyesalan di hari AKHIRAT. Di dunia saja tempat untuk kita berdoa dan memohon agar ALLAH SWT membantu kita mencari hidayah agar tidak terlambat. Selalu sahaja saya memberi alasan kepada sahabat2x, bila sahabat nasihatkan "mengapa tidak memakai tudung? Menutup aurat kan wajib?" Jawapan dan alasan yang sering saya bagi, "mahu buat macam mana, belum sampai hidayah." Itu jawapan klise saya! Saya beranggapan ALLAH SWT akan memberikan saya hidayah terlebih dahulu, barulah saya menutup aurat. Ternyata anggapan saya salah! Kata sahabat saya lagi,  "kita yang seharusnya berusaha mencari hidayah, dan menutup aurat itu suatu usaha. Bila kita sudah berusaha menutup aurat, hidayah pasti akan kita temukan!" Saat itu, hati ini mula terdetik iya saya yang perlu mencari dan berusaha mendapatkan hidayah itu bukan hanya menunggu dan menyandarkan harapan semata-mata tanpa usaha. Rebutlah peluang yang masih ada selagi ajal belum tiba. Semoga diri merintis jalan ke arah Hidayah ILAHI..  

August 13, 2015

Seindah Kasih Safirah BAB 3

Seindah Kasih Safirah 3



Amni semakin gusar dan tidak tentu arah. Amni telah menghubungi Ammar dan tidak ada satu panggilan pun yang berjawab. Amni yakin yang Ammar tidak mahu untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Amni teringat kata-kata terakhir Ammar semasa gadis itu menelefon Ammar semalam, dan itu merupakan kali terakhir Amaar menjawab panggilannya.

            “Perempuan murah, you ingat I nie nak sangat dengan anak yang you kandungkan tuh. I tak akan bertanggungjawab. You yang dengan rela berikan tubuh badan you tuh dengan I, I takkan tolak rezeki. Bodoh!” Ammar meletakkan gangang telefon dengan kasar.

            “Bodoh! AKU BENCI KAU AMMAR!” teriak Amni. Semua barang di meja soleknya dihumban ke dinding untuk melempiaskan rasa amarah dalam hatinya. Seterusnya Datin Farhana yang terdengar bunyi bising terus berlari menuju ke bilik Amni untuk mendapatkan anak gadis kesayangannya itu.

Datin Farhana terus menbuka pintu bilik Amni dan melihat barang-barang yang bertempiaran akibat dihumban oleh anaknya itu. Datin Farhana dengan segera memeluk tubuh Amni dan bertanya apa yang berlaku kepada dirinya.

            “Mama, Ammar tak nak bertanggungjawab mama!” dengan laju air mata Amni jatuh ke pipi. Air mata itu semakin deras dan terus mengalir.

Datin Farhana tidak menyangka anak gadisnya yang sebegitu tabah dan mempunyai hati yang keras kini tewas oleh seorang lelaki yang langsung tidak menghargai SAYANG dan CINTA tulus daripada anaknya.

            “Sabar sayang, mama yakin Amni boleh hadapi semua nie!” pujuk Datin Farhana sambil merangkul erat badan  Amni. Datin Farhana merasakan tubuh badan anaknya yang terlalu lemah akibat daripada kecewa dengan perbuatan kekasihnya itu. Datin Farhana seterusnya memapah Amni yang lemah ke atas katil. Akhirnya Amni memejamkan mata dan terus lena dalam tangisan.
                       

            “Abang dah cakap kan yang Ammar tuh tak akan bertanggungjawab!”

            “Dah la bang, nasi pun dah jadi bubur. Apa pun berlaku kita mesti hadapinya!” ujar Datin Farhana.

            “Dua pilihan yang abang bagi, gugurkan atau kahwin dengan lelaki yang abang pilih, that’s all!” ucap Dato Zahran dengan nada yang keras. Seterusnya Dato Zahran menarik briefcase dan kotnya daripada kerusi dan terus menuju ke pintu utama dengan perasaan yang marah.

Kelihatan Amni turun daripada tangga dengan muka yang kusut dan tidak bermaya. Amni terus menuju ke meja makan.   

“Mama, papa nak Amni gugurkan kandungan ni kan?” Tanya Amni dengan nada yang sedih.

“Mama tak kan benarkan Amni gugurkan kandungan tuh, cukup sekali Amni buat dosa jangan tambahkan dosa dengan membunuh janin yang tidak berdosa sayang.” Ucap Datin Farhana dengan wajah yang tegas.

“Papa ada bagi dua pilihan untuk Amni. Papa akan kahwinkan Amni dengan mana-mana pilihan papa, or else .. papa suruh gugurkan.” Ujar Datin Farhana.

“Then, Amni pilih untuk gugurkan la, Amni tak nak kahwin dengan lelaki yang Amni tak kenal. Entah lelaki dari mana yang papa pungut dan upah untuk  jadi pak sanggup untuk baby Amni ni. Saya tak kan mahu!” Ucap Amni dengan nada keras dan gadis itu terus meninggalkan meja makan.

“Amni!” Datin Farhana dengan cepat memanggil nama anak gadisnya dan kemudian langkah Amni terhenti dan kaku.

“Dengar sini, mama tak akan benarkan Amni gugurkan cucu mama! Janin tuh ada hak untuk hidup macam mama memberikan hak pada Amni untuk berpeluang hidup di dunia ni. Janin tuh tak bersalah, ingat sayang darah mama dan darah Amni mengalir dalam janin tuh, mama tak nak anak mama jauh tersasar, cukup dengan dosa berzina jangan tambah dosa membunuh, fikirkan sayang! ” Datin Farhana mengalirkan air mata dengan deras dan terus meluncur jatuh ke pipi.

Amni tersentak. Seluruh tubuh Amni rasa meremang dan perasaan sedih untuk mengugurkan kandungan itu mula timbul seterusnya menjalar kedalam diri Amni. Akhirnya, dengan laju air matanya turut jatuh bercucuran.

                         
Amni menangis teresak-esak di dalam bilik. Amni mula tersentuh dengan ucapan mamanya. Tangisannya semakin kuat dan tersekat-sekat sehingga kedengaran oleh Datin Farhana. Datin Farhana yang berada di anak tangga tersentak dan berasa sedih dengan apa yang menimpa anak gadisnya itu.

            “Maafkan mama sayang. Salah mama yang tidak mendidik dan membesarkan Amni dengan sempurna.” Luah Datin Farhana di dalam hati. Seterusnya Datin Farhana berlalu terus ke bilik dengan hati yang hiba.

            “Anak ni darah dagingku, maafkan mama sayang. Mama akan berusaha dan bertahan untuk lahirkan bakal anak mama ni dengan selamat dan sempurna.” Ucap Amni sambil mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang. 
            
Amni akhirnya memilih pilihan untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki pilihan papanya. Keputusan ini dibuat agar dapat menyelamatkan keselamatan bakal anak yang akan dilahirkannya. Amni sememangnya kenal dengan sikap Dato Zahran yang degil dan tegas. Amni mengenangkan kembali bagaimana Dato Zahran menentang hubungan dia dengan Ammar. Namun, perasaan menyesal untuk mengenali lelaki seperti Ammar mula dirasai. Amni mula mengenang detik dan saat ketika dia dengan mudah menyerahkan maruahnya kepada lelaki yang dicintainya dengan tulus itu.

            “You benar-benar sayang I?” soal Ammar.

            “YA,” jawab Amni pantas dan pasti.

            “Apa buktinya?” soal Ammar lagi. Dia mengerling ke arah Amni.

        “Selama ini I setia dengan you, I sangat menyintaimu setiap detik dan ketika dan I selalu menemani you,”

Ammar tersenyum.

I sememangnya tak sabar nak jadi isteri you,” sambung Amni lagi.

I juga nak you segera jadi milik I, tapi papa you tidak akan merestui hubungan kita kan.”Ammar menghambur keluhan berat.

“Ya, I tahu. Tapi, I tetap nak you!” jawab Amni pantas.

Ammar merangkul Amni dengan kuat. Akhirnya, malam yang indah dan dingin itu Amni telah tewas terhadap Ammar. Ammar tersenyum puas.

            “Jangan risau sayang, I akan bertanggungjawab. I akan jumpa papa you.”

Amni tersenyum lebar lalu merangkul tubuh Ammar di sebelahnya.

            “I love you.” Ammar membalas rangkulan Amni.

Lamunan Amni terhenti. Dia memejamkan mata. “Mana janjimu Ammar!!!!” Terasa cecair jernih menuruni pipinya. Buat pertama kalinya dia menangis dengan teruk akibat kelukaan yang ditinggalkan oleh Ammar. Luka yang membuatkan hatinya menjadi resah dan tidak menentu, nafasnya terasa sesak. 

Akhirnya, Amni lena dengan air matanya yang membasahi pipi.



BERSAMBUNG.....

August 12, 2015

Seindah Kasih Safirah BAB 2

Seindah Kasih Safirah 2

“Nek, jangan la  buat kerja kuat sangat! Biar Fiqh tolong nenek,”

“Tak pa la Fiqh, Nenek masih kuat lagi ni! Fiqh pergi bersiap nanti lewat pulak ke kolej.” arah nek yam kepada cucunya.

Nek yam la orang yang telah menjaga dan merawat Mohd Adi Fiqhrul selepas kematian ibu Fiqhrul pada 15 tahun yang lalu. Nek Yam mengenang kembali kehidupannya bersama dengan anak tunggal nek yam satu-satunya iaitu Siti Syuhada yang amat disayanginya. Namun arwah anaknya itu telah memutuskan untuk berkahwin dengan usahawan yang tidak nek yam ketahui asal usul keturunannya. Nek yam hanya mampu untuk bersetuju dan merestui perkahwinan tersebut. Siti Syuhada telah berkahwin dengan usahawan itu selama 2 tahun, namun Nek yam mahupun Siti Syuhada tidak mengetahui siapa sebenarnya Usahawan itu. Sehinggalah suatu hari apabila suami kepada Siti Syuhada pergi ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Sejak hari itu suami Siti Syuhada tidak pernah balik lagi ke kampung. Siti Syuhada selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas 1 tahun suaminya menghilang. Setelah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Siti Syuhada pula meninggal dunia akibat daripada tekanan perasaan yang di alaminya selepas ditinggalkan suaminya.

“Nenek, nenek ,” kedengaran suara Fiqhrul yang memanggil daripada tangga dapur rumah tersebut. Lamunan Nek yam mengenai kenangan lalu pun kabur dengan serta-merta

“Fiqh, adui, maaf! Nenek tak sedar tadi.” Nek yam seterusnya bergerak perlahan ke arah cucunya dan menghantar cucunya ke halaman rumah.

“Nek, Fiqh pergi dulu yah, nenek jaga diri, ada apa-apa call Fiqh tau.” Arah Fiqh sambil memakai topi keledarnya.

“iyah, Fiqh pun hati-hati tau, jangan lupa makan tengahari.”

“bye nek, assalammualaikum,” ucap Fiqh dengan tangannya yang melambai Nek Yam.

Fiqhrul yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pengajian Tinggi Malaysia telah melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap menara gading. Adi Fiqhrul merupakan pelajar Tahun Dua di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Perniagaan dan Ekonomi.

Nek Yam melihat Fiqhrul yang sudah berlalu pergi sehingga hilang daripada pandangannya. Nek Yam seterusnya duduk di tangga dan memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan cucunya, Nek Yam belum bersedia untuk menceritakan kepada Fiqh mengenai ayah kandungnya yang sebenar. Nek yam pernah melihat wajah Mazlan di surat khabar dan kini lebih dikenali sebagai Dato Mazlan yang semakin berjaya dalam bidang perniagaan. Nek yam ingin memadamkan kenangan Mazlan yang dianggapnya lelaki yang tidak bertanggungjawab itu untuk hilang terus bersama arwah anaknya Siti Syuhada.

“Kalaulah Siti Syuhada masih hidup, pasti arwah akan berbangga dengan satu-satunya anak yang arwah lahirkan dari nilai kasih sayang antara Syuhada dengan Mazlan.” Luah nek yam.
                          . . . . . . . . . . . . . 

Nek yam pun masuk ke dalam rumah dengan langkah yang sangat lemah dan sedih mengingatkan arwah Siti Syuhada.

Kala Nek Yam sedang leka menyediakan makan tengahari didapur, kedengaran seperti seseorang sedang memberi salam di luar rumah. Nek Yam bergegas ke  luar untuk melihat gerangan tetamu tersebut. Nek Yam terkejut melihat sosok tubuh yang sangat dikenalinya pada suatu ketika dahulu.

“Untuk apa kau datang ke sini? kami sekeluarga tidak memerlukan kau di sini Mazlan. PERGI KAU!” Nek Yam menolak Mazlan sehingga jatuh.

“Mak, maafkan Mazlan. Mazlan nak jumpa anak Mazlan mak.” Rintih Mazlan.

 “ANAK? kau gila ka Mazlan?” marah Nek Yam.

“Mazlan tahu mak, Mazlan dan arwah Syuhada ada anak lelaki bernama Adi Fiqhrul.” Ujar Mazlan.
          
         “Sah kau gila Mazlan! Kau tak ada anak pun dengan arwah Syuhada! Aku benci kau! Kau penyebab anak aku mati! Kau keluar dari sini!”
Nek yam berusaha menghalau Mazlan sehingga Mazlan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan kata-kata memohon maaf daripada Nek yam.

        “Mak, nanti Mazlan akan kembali untuk bertemu dengan Adi Fiqhrul saya. Mazlan akan menceritakan kisah sebenar kepada dia”.

Mazlan akhirrnya mengaku kalah dan bergerak untuk meninggalkan rumah tersebut. Seterusnya Nek yam jatuh terjelopok ke lantai akibat terkejut dengan kedatangan lelaki yang amat dibencinya.

           “Ya Allah, cubaan apa yang Engkau berikan kepada aku ini, aku tak nak satu-satunya harta yang aku ada dirampas oleh manusia yang tidak bertanggungjawab itu”. Nek yam mengalirkan air matanya dengan deras dan seterusnya masuk ke bilik untuk menunaikan solat zohor.

                         . . . . . . . . . . . . . . 

“Yoi Fiqh, aku cari kau merata tempat rupanya kau disini!” sapa Shakir sambil menepuk bahu Fiqh dari belakang.

Shakir merupakan sahabat baik kepada Fiqh. Shakir juga adalah teman serumah Fiqh yang menyewa salah sebuah Flat murah yang berdekatan dengan kampus  mereka. Fiqh dan Shakir juga sama-sama bekerja sambilan pada waktu malam di sebuah mini market yang buka selama 24 jam berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

            “Apalah kau nie Shakir, tak bolehkah kalau mahu tegur orang tuh guna bahasa yang elok sikit? Assalammualaikumkah.” Ujar Fiqh tegas bercampur geram.

            “Alah, sorry la kawang, bukan apa aku dah cari kau merata tapi sekarang baru jumpa. Aku teruja la sampai lupa nak bagi salam!” ujar Shakir.

            “Apahalnya yang kau nak jumpa aku sangat ni, ada yang pentingka?” balas Fiqh selamba.

          “Kekasih hati kau mencari, katanya rindu” ucap Shakir. Shakir seterusnya senyum yang berbau sindirin kepada Fiqh. Kekasih hati yang dimaksudkan Shakir ialah Erin. Erin adalah sahabat baik kepada Fiqh. Fiqh mula rapat dengan Erin sejak mereka memulakan pengajian tahun pertama di IPTA tersebut. Fiqh telah berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Erin untuk menjadi seorang sahabat yang akan kekal bersama dikala waktu susah dan senang. Kini Fiqh semakin yakin yang gadis itu merupakan sahabat yang terbaik buat Fiqh.

            “Shakir, kau tolong inform dekat Erin yang aku ada hal kejap, nanti masa makan tengahari jumpa di cafe. Ok!” Pesan Fiqh. Fiqh seterusnya menyusun kesemua barangnya dan memasukkan ke dalam beg galasnya.

Kini Fiqhrul berjalan terus menuju ke bilik Prof. Asri iaitu pensyarah yang menjadi mentor kepada Fiqh dalam subjek Keusahawanan. Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Prof. Asri, perhatian Fiqh beralih ke arah jalan raya. Fiqh melihat seorang gadis yang tidak menyedari kereta semakin menghampirinya dan bila-bila masa sahaja kereta itu akan menghumban tubuh badan gadis tersebut. Fiqh segera berlari dan meluru ke arah gadis itu untuk menyelamatkannya. Fiqh menarik gadis itu ke tepi jalan raya agar selamat daripada dilanggar kereta. Fiqh turut terjatuh dan luka di bahagian lengan akibat daripada dihempap oleh gadis itu. Kali ini, gadis itu berada betul-betul di atas badan Fiqh, mereka berdua berdiam diri dan saling mula bertentang mata.

            “Amni!” bisik Fiqhrul di dalam hati.
Fiqh merasakan degupannya jantungnya semakin laju. Begitu juga dengan Amni. “Ya ampun, mimpi kah aku ni?” bisik Fiqh lagi di dalam hati. Lamunan keduanya kemudian terhenti.

            “Kalau mau menyeberang jalan tuh jangan guna hidung, guna mata cik adik. Ok!” Ucap Fiqh dengan tegas.
Amni bangun dan menolak Fiqh ke tepi tanpa membantu dan mengucapkan terima kasih kepada Fiqh. Amni akhirnya berlalu pergi dengan wajah yang tidak bermaya.

            “Huk, dah ditolong tapi tak ucap terima kasih pun.” Gomel Fiqh di dalam hati.
Fiqh sudah mengenali dengan jelas siapa Amni sebenarnya. Wanita yang menjadi kegilaan lelaki di kolej ini. Anak Dato yang kurang bergaul dan hanya berkawan dengan orang-orang yang tertentu sahaja. Tapi Fiqh sememangnya mengakui walaupun Amni adalah seorang yang tidak mesra tapi Amni adalah gadis yang mempunyai raut wajah yang ayu, jelita, comel dan mampu mengoncang hati mana-mana lelaki. Wajah itu memberi ketenangan kepada lelaki yang akan memilikinya nanti. 

             “Untunglah siapa yang dapat nanti!” ucap Fiqh dengan bibir tersenyum.
                       
 “Awak, ok ka nie?” Tanya Erin
            “Saya ok lah, luka nie kecil jak, jangan risau yah.” Balas Fiqh sambil mencuit hidung Erin yang mancung.
Erin tersenyum diperlakukan sebegitu oleh Fiqh. Lelaki yang telah bertapak di dalam hatinya sejak kali pertama dia memandang Adi Fiqhrul semasa pendaftaran 2 tahun yang lalu.

“Awak, abang long Erin nak jumpa sangat dengan Fiqh, bolehkah?”
Fiqh tergelak. Fiqh tidak menyangka dia mempunyai kessempatan untuk berjumpa empat mata dengan abang long Erin yang dikatakan garang.

            “Awak, kenapa gelak?” wajah dan nada Erin mula berubah menjadi geram dan tegas.

          “Awak, saya cuma hairan kenapa abang awak nak jumpa. Dia nak kahwinkan kita berdua kah?” gurau Fiqh dengan penuh semangat.

Terukir senyuman bahagia di wajah Erin dan seterusnya mereka berdua bergurau senda bersama. Tanpa mereka sedari kemesraan mereka telah menimbulkan cemburu di hati Shakir yang melihat kelakuan Fiqh dan Erin daripada jarak yang agak jauh daripada mereka. Shakir juga telah lama menyimpan perasaan sayang terhadap Erin. Shakir berharap suatu hari nanti Erin adalah miliknya.



BERSAMBUNG....