August 13, 2015

Seindah Kasih Safirah BAB 3

Seindah Kasih Safirah 3



Amni semakin gusar dan tidak tentu arah. Amni telah menghubungi Ammar dan tidak ada satu panggilan pun yang berjawab. Amni yakin yang Ammar tidak mahu untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Amni teringat kata-kata terakhir Ammar semasa gadis itu menelefon Ammar semalam, dan itu merupakan kali terakhir Amaar menjawab panggilannya.

            “Perempuan murah, you ingat I nie nak sangat dengan anak yang you kandungkan tuh. I tak akan bertanggungjawab. You yang dengan rela berikan tubuh badan you tuh dengan I, I takkan tolak rezeki. Bodoh!” Ammar meletakkan gangang telefon dengan kasar.

            “Bodoh! AKU BENCI KAU AMMAR!” teriak Amni. Semua barang di meja soleknya dihumban ke dinding untuk melempiaskan rasa amarah dalam hatinya. Seterusnya Datin Farhana yang terdengar bunyi bising terus berlari menuju ke bilik Amni untuk mendapatkan anak gadis kesayangannya itu.

Datin Farhana terus menbuka pintu bilik Amni dan melihat barang-barang yang bertempiaran akibat dihumban oleh anaknya itu. Datin Farhana dengan segera memeluk tubuh Amni dan bertanya apa yang berlaku kepada dirinya.

            “Mama, Ammar tak nak bertanggungjawab mama!” dengan laju air mata Amni jatuh ke pipi. Air mata itu semakin deras dan terus mengalir.

Datin Farhana tidak menyangka anak gadisnya yang sebegitu tabah dan mempunyai hati yang keras kini tewas oleh seorang lelaki yang langsung tidak menghargai SAYANG dan CINTA tulus daripada anaknya.

            “Sabar sayang, mama yakin Amni boleh hadapi semua nie!” pujuk Datin Farhana sambil merangkul erat badan  Amni. Datin Farhana merasakan tubuh badan anaknya yang terlalu lemah akibat daripada kecewa dengan perbuatan kekasihnya itu. Datin Farhana seterusnya memapah Amni yang lemah ke atas katil. Akhirnya Amni memejamkan mata dan terus lena dalam tangisan.
                       

            “Abang dah cakap kan yang Ammar tuh tak akan bertanggungjawab!”

            “Dah la bang, nasi pun dah jadi bubur. Apa pun berlaku kita mesti hadapinya!” ujar Datin Farhana.

            “Dua pilihan yang abang bagi, gugurkan atau kahwin dengan lelaki yang abang pilih, that’s all!” ucap Dato Zahran dengan nada yang keras. Seterusnya Dato Zahran menarik briefcase dan kotnya daripada kerusi dan terus menuju ke pintu utama dengan perasaan yang marah.

Kelihatan Amni turun daripada tangga dengan muka yang kusut dan tidak bermaya. Amni terus menuju ke meja makan.   

“Mama, papa nak Amni gugurkan kandungan ni kan?” Tanya Amni dengan nada yang sedih.

“Mama tak kan benarkan Amni gugurkan kandungan tuh, cukup sekali Amni buat dosa jangan tambahkan dosa dengan membunuh janin yang tidak berdosa sayang.” Ucap Datin Farhana dengan wajah yang tegas.

“Papa ada bagi dua pilihan untuk Amni. Papa akan kahwinkan Amni dengan mana-mana pilihan papa, or else .. papa suruh gugurkan.” Ujar Datin Farhana.

“Then, Amni pilih untuk gugurkan la, Amni tak nak kahwin dengan lelaki yang Amni tak kenal. Entah lelaki dari mana yang papa pungut dan upah untuk  jadi pak sanggup untuk baby Amni ni. Saya tak kan mahu!” Ucap Amni dengan nada keras dan gadis itu terus meninggalkan meja makan.

“Amni!” Datin Farhana dengan cepat memanggil nama anak gadisnya dan kemudian langkah Amni terhenti dan kaku.

“Dengar sini, mama tak akan benarkan Amni gugurkan cucu mama! Janin tuh ada hak untuk hidup macam mama memberikan hak pada Amni untuk berpeluang hidup di dunia ni. Janin tuh tak bersalah, ingat sayang darah mama dan darah Amni mengalir dalam janin tuh, mama tak nak anak mama jauh tersasar, cukup dengan dosa berzina jangan tambah dosa membunuh, fikirkan sayang! ” Datin Farhana mengalirkan air mata dengan deras dan terus meluncur jatuh ke pipi.

Amni tersentak. Seluruh tubuh Amni rasa meremang dan perasaan sedih untuk mengugurkan kandungan itu mula timbul seterusnya menjalar kedalam diri Amni. Akhirnya, dengan laju air matanya turut jatuh bercucuran.

                         
Amni menangis teresak-esak di dalam bilik. Amni mula tersentuh dengan ucapan mamanya. Tangisannya semakin kuat dan tersekat-sekat sehingga kedengaran oleh Datin Farhana. Datin Farhana yang berada di anak tangga tersentak dan berasa sedih dengan apa yang menimpa anak gadisnya itu.

            “Maafkan mama sayang. Salah mama yang tidak mendidik dan membesarkan Amni dengan sempurna.” Luah Datin Farhana di dalam hati. Seterusnya Datin Farhana berlalu terus ke bilik dengan hati yang hiba.

            “Anak ni darah dagingku, maafkan mama sayang. Mama akan berusaha dan bertahan untuk lahirkan bakal anak mama ni dengan selamat dan sempurna.” Ucap Amni sambil mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang. 
            
Amni akhirnya memilih pilihan untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki pilihan papanya. Keputusan ini dibuat agar dapat menyelamatkan keselamatan bakal anak yang akan dilahirkannya. Amni sememangnya kenal dengan sikap Dato Zahran yang degil dan tegas. Amni mengenangkan kembali bagaimana Dato Zahran menentang hubungan dia dengan Ammar. Namun, perasaan menyesal untuk mengenali lelaki seperti Ammar mula dirasai. Amni mula mengenang detik dan saat ketika dia dengan mudah menyerahkan maruahnya kepada lelaki yang dicintainya dengan tulus itu.

            “You benar-benar sayang I?” soal Ammar.

            “YA,” jawab Amni pantas dan pasti.

            “Apa buktinya?” soal Ammar lagi. Dia mengerling ke arah Amni.

        “Selama ini I setia dengan you, I sangat menyintaimu setiap detik dan ketika dan I selalu menemani you,”

Ammar tersenyum.

I sememangnya tak sabar nak jadi isteri you,” sambung Amni lagi.

I juga nak you segera jadi milik I, tapi papa you tidak akan merestui hubungan kita kan.”Ammar menghambur keluhan berat.

“Ya, I tahu. Tapi, I tetap nak you!” jawab Amni pantas.

Ammar merangkul Amni dengan kuat. Akhirnya, malam yang indah dan dingin itu Amni telah tewas terhadap Ammar. Ammar tersenyum puas.

            “Jangan risau sayang, I akan bertanggungjawab. I akan jumpa papa you.”

Amni tersenyum lebar lalu merangkul tubuh Ammar di sebelahnya.

            “I love you.” Ammar membalas rangkulan Amni.

Lamunan Amni terhenti. Dia memejamkan mata. “Mana janjimu Ammar!!!!” Terasa cecair jernih menuruni pipinya. Buat pertama kalinya dia menangis dengan teruk akibat kelukaan yang ditinggalkan oleh Ammar. Luka yang membuatkan hatinya menjadi resah dan tidak menentu, nafasnya terasa sesak. 

Akhirnya, Amni lena dengan air matanya yang membasahi pipi.



BERSAMBUNG.....

August 12, 2015

Seindah Kasih Safirah BAB 2

Seindah Kasih Safirah 2

“Nek, jangan la  buat kerja kuat sangat! Biar Fiqh tolong nenek,”

“Tak pa la Fiqh, Nenek masih kuat lagi ni! Fiqh pergi bersiap nanti lewat pulak ke kolej.” arah nek yam kepada cucunya.

Nek yam la orang yang telah menjaga dan merawat Mohd Adi Fiqhrul selepas kematian ibu Fiqhrul pada 15 tahun yang lalu. Nek Yam mengenang kembali kehidupannya bersama dengan anak tunggal nek yam satu-satunya iaitu Siti Syuhada yang amat disayanginya. Namun arwah anaknya itu telah memutuskan untuk berkahwin dengan usahawan yang tidak nek yam ketahui asal usul keturunannya. Nek yam hanya mampu untuk bersetuju dan merestui perkahwinan tersebut. Siti Syuhada telah berkahwin dengan usahawan itu selama 2 tahun, namun Nek yam mahupun Siti Syuhada tidak mengetahui siapa sebenarnya Usahawan itu. Sehinggalah suatu hari apabila suami kepada Siti Syuhada pergi ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Sejak hari itu suami Siti Syuhada tidak pernah balik lagi ke kampung. Siti Syuhada selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas 1 tahun suaminya menghilang. Setelah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Siti Syuhada pula meninggal dunia akibat daripada tekanan perasaan yang di alaminya selepas ditinggalkan suaminya.

“Nenek, nenek ,” kedengaran suara Fiqhrul yang memanggil daripada tangga dapur rumah tersebut. Lamunan Nek yam mengenai kenangan lalu pun kabur dengan serta-merta

“Fiqh, adui, maaf! Nenek tak sedar tadi.” Nek yam seterusnya bergerak perlahan ke arah cucunya dan menghantar cucunya ke halaman rumah.

“Nek, Fiqh pergi dulu yah, nenek jaga diri, ada apa-apa call Fiqh tau.” Arah Fiqh sambil memakai topi keledarnya.

“iyah, Fiqh pun hati-hati tau, jangan lupa makan tengahari.”

“bye nek, assalammualaikum,” ucap Fiqh dengan tangannya yang melambai Nek Yam.

Fiqhrul yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pengajian Tinggi Malaysia telah melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap menara gading. Adi Fiqhrul merupakan pelajar Tahun Dua di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Perniagaan dan Ekonomi.

Nek Yam melihat Fiqhrul yang sudah berlalu pergi sehingga hilang daripada pandangannya. Nek Yam seterusnya duduk di tangga dan memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan cucunya, Nek Yam belum bersedia untuk menceritakan kepada Fiqh mengenai ayah kandungnya yang sebenar. Nek yam pernah melihat wajah Mazlan di surat khabar dan kini lebih dikenali sebagai Dato Mazlan yang semakin berjaya dalam bidang perniagaan. Nek yam ingin memadamkan kenangan Mazlan yang dianggapnya lelaki yang tidak bertanggungjawab itu untuk hilang terus bersama arwah anaknya Siti Syuhada.

“Kalaulah Siti Syuhada masih hidup, pasti arwah akan berbangga dengan satu-satunya anak yang arwah lahirkan dari nilai kasih sayang antara Syuhada dengan Mazlan.” Luah nek yam.
                          . . . . . . . . . . . . . 

Nek yam pun masuk ke dalam rumah dengan langkah yang sangat lemah dan sedih mengingatkan arwah Siti Syuhada.

Kala Nek Yam sedang leka menyediakan makan tengahari didapur, kedengaran seperti seseorang sedang memberi salam di luar rumah. Nek Yam bergegas ke  luar untuk melihat gerangan tetamu tersebut. Nek Yam terkejut melihat sosok tubuh yang sangat dikenalinya pada suatu ketika dahulu.

“Untuk apa kau datang ke sini? kami sekeluarga tidak memerlukan kau di sini Mazlan. PERGI KAU!” Nek Yam menolak Mazlan sehingga jatuh.

“Mak, maafkan Mazlan. Mazlan nak jumpa anak Mazlan mak.” Rintih Mazlan.

 “ANAK? kau gila ka Mazlan?” marah Nek Yam.

“Mazlan tahu mak, Mazlan dan arwah Syuhada ada anak lelaki bernama Adi Fiqhrul.” Ujar Mazlan.
          
         “Sah kau gila Mazlan! Kau tak ada anak pun dengan arwah Syuhada! Aku benci kau! Kau penyebab anak aku mati! Kau keluar dari sini!”
Nek yam berusaha menghalau Mazlan sehingga Mazlan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan kata-kata memohon maaf daripada Nek yam.

        “Mak, nanti Mazlan akan kembali untuk bertemu dengan Adi Fiqhrul saya. Mazlan akan menceritakan kisah sebenar kepada dia”.

Mazlan akhirrnya mengaku kalah dan bergerak untuk meninggalkan rumah tersebut. Seterusnya Nek yam jatuh terjelopok ke lantai akibat terkejut dengan kedatangan lelaki yang amat dibencinya.

           “Ya Allah, cubaan apa yang Engkau berikan kepada aku ini, aku tak nak satu-satunya harta yang aku ada dirampas oleh manusia yang tidak bertanggungjawab itu”. Nek yam mengalirkan air matanya dengan deras dan seterusnya masuk ke bilik untuk menunaikan solat zohor.

                         . . . . . . . . . . . . . . 

“Yoi Fiqh, aku cari kau merata tempat rupanya kau disini!” sapa Shakir sambil menepuk bahu Fiqh dari belakang.

Shakir merupakan sahabat baik kepada Fiqh. Shakir juga adalah teman serumah Fiqh yang menyewa salah sebuah Flat murah yang berdekatan dengan kampus  mereka. Fiqh dan Shakir juga sama-sama bekerja sambilan pada waktu malam di sebuah mini market yang buka selama 24 jam berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

            “Apalah kau nie Shakir, tak bolehkah kalau mahu tegur orang tuh guna bahasa yang elok sikit? Assalammualaikumkah.” Ujar Fiqh tegas bercampur geram.

            “Alah, sorry la kawang, bukan apa aku dah cari kau merata tapi sekarang baru jumpa. Aku teruja la sampai lupa nak bagi salam!” ujar Shakir.

            “Apahalnya yang kau nak jumpa aku sangat ni, ada yang pentingka?” balas Fiqh selamba.

          “Kekasih hati kau mencari, katanya rindu” ucap Shakir. Shakir seterusnya senyum yang berbau sindirin kepada Fiqh. Kekasih hati yang dimaksudkan Shakir ialah Erin. Erin adalah sahabat baik kepada Fiqh. Fiqh mula rapat dengan Erin sejak mereka memulakan pengajian tahun pertama di IPTA tersebut. Fiqh telah berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Erin untuk menjadi seorang sahabat yang akan kekal bersama dikala waktu susah dan senang. Kini Fiqh semakin yakin yang gadis itu merupakan sahabat yang terbaik buat Fiqh.

            “Shakir, kau tolong inform dekat Erin yang aku ada hal kejap, nanti masa makan tengahari jumpa di cafe. Ok!” Pesan Fiqh. Fiqh seterusnya menyusun kesemua barangnya dan memasukkan ke dalam beg galasnya.

Kini Fiqhrul berjalan terus menuju ke bilik Prof. Asri iaitu pensyarah yang menjadi mentor kepada Fiqh dalam subjek Keusahawanan. Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Prof. Asri, perhatian Fiqh beralih ke arah jalan raya. Fiqh melihat seorang gadis yang tidak menyedari kereta semakin menghampirinya dan bila-bila masa sahaja kereta itu akan menghumban tubuh badan gadis tersebut. Fiqh segera berlari dan meluru ke arah gadis itu untuk menyelamatkannya. Fiqh menarik gadis itu ke tepi jalan raya agar selamat daripada dilanggar kereta. Fiqh turut terjatuh dan luka di bahagian lengan akibat daripada dihempap oleh gadis itu. Kali ini, gadis itu berada betul-betul di atas badan Fiqh, mereka berdua berdiam diri dan saling mula bertentang mata.

            “Amni!” bisik Fiqhrul di dalam hati.
Fiqh merasakan degupannya jantungnya semakin laju. Begitu juga dengan Amni. “Ya ampun, mimpi kah aku ni?” bisik Fiqh lagi di dalam hati. Lamunan keduanya kemudian terhenti.

            “Kalau mau menyeberang jalan tuh jangan guna hidung, guna mata cik adik. Ok!” Ucap Fiqh dengan tegas.
Amni bangun dan menolak Fiqh ke tepi tanpa membantu dan mengucapkan terima kasih kepada Fiqh. Amni akhirnya berlalu pergi dengan wajah yang tidak bermaya.

            “Huk, dah ditolong tapi tak ucap terima kasih pun.” Gomel Fiqh di dalam hati.
Fiqh sudah mengenali dengan jelas siapa Amni sebenarnya. Wanita yang menjadi kegilaan lelaki di kolej ini. Anak Dato yang kurang bergaul dan hanya berkawan dengan orang-orang yang tertentu sahaja. Tapi Fiqh sememangnya mengakui walaupun Amni adalah seorang yang tidak mesra tapi Amni adalah gadis yang mempunyai raut wajah yang ayu, jelita, comel dan mampu mengoncang hati mana-mana lelaki. Wajah itu memberi ketenangan kepada lelaki yang akan memilikinya nanti. 

             “Untunglah siapa yang dapat nanti!” ucap Fiqh dengan bibir tersenyum.
                       
 “Awak, ok ka nie?” Tanya Erin
            “Saya ok lah, luka nie kecil jak, jangan risau yah.” Balas Fiqh sambil mencuit hidung Erin yang mancung.
Erin tersenyum diperlakukan sebegitu oleh Fiqh. Lelaki yang telah bertapak di dalam hatinya sejak kali pertama dia memandang Adi Fiqhrul semasa pendaftaran 2 tahun yang lalu.

“Awak, abang long Erin nak jumpa sangat dengan Fiqh, bolehkah?”
Fiqh tergelak. Fiqh tidak menyangka dia mempunyai kessempatan untuk berjumpa empat mata dengan abang long Erin yang dikatakan garang.

            “Awak, kenapa gelak?” wajah dan nada Erin mula berubah menjadi geram dan tegas.

          “Awak, saya cuma hairan kenapa abang awak nak jumpa. Dia nak kahwinkan kita berdua kah?” gurau Fiqh dengan penuh semangat.

Terukir senyuman bahagia di wajah Erin dan seterusnya mereka berdua bergurau senda bersama. Tanpa mereka sedari kemesraan mereka telah menimbulkan cemburu di hati Shakir yang melihat kelakuan Fiqh dan Erin daripada jarak yang agak jauh daripada mereka. Shakir juga telah lama menyimpan perasaan sayang terhadap Erin. Shakir berharap suatu hari nanti Erin adalah miliknya.



BERSAMBUNG....

KEBIJAKSANAAN MAHA BIJAK

ASSALAMMUALAIKUM..

"Hidup suatu perjalanan.. Walaupun kita diberi sesuatu yg bukan kita mahu.. tapi, percayalah ianya sesuatu yang kita perlu suatu saat nanti.."



 




Pkongsian buat sahabat2x saya.. Dedikasi utk uuuooolss.. :)

Hari ni saya baca 1 buku & buku ni salah satu karya yg paling istimewa di dlm hidup saya.. 'Hujan Safir' hasil pnulisan Meyda Sefira.. Best sangat buku ni, & part paling bmakna yg ingin saya kongsikan adalah 'Kebijaksanaan yang Maha Bijak'

     Bagi saya, part ni sangatsangat memotivasikan.. Secara ringkasnya, menurut Meyda Sefira, siapapun mpunyai impian besar utk slalu brada d tmpat yg tbaik n mdpt hal yg tbaik.. Narh, bila kita tidak dpt apa yg kita inginkan.. Mimpi itu seolah thenti n hrapan seolah sirna, kita akn mula merasa ttekan, sedih n merasa tdk bruntung.. Namun, mnyalahkan keadaan tdk mampu mngubah sesuatu.. malah, mnjadikan keadaan semakin memburuk..

     Narh, kita perlu yakin bhawa kebijaksanaan yg Maha Bijak telah meletakkan seseorang itu di suatu tmpat yg betul dan sesuai..


     Jadi, kalau kita tidak mendapat apa yg kita inginkn bukan bererti kita tidak mampu menjadi yg terbaik.. Di mana pun kita berada, kita boleh jadi yg terbaik.. Kita mampu mrancang tapi ada yg lebih Maha Bijak utk menentukannya.. :))


thenkiuu buat sahabat saya yg selalu menemani saya di saat senang n susah. ♥♥♥

Seindah Kasih Safirah BAB 1

Seindah Kasih Safirah 1

          
  “Amni! Amni kenapa muntah-muntah ni?” Datin Farhana merenung wajah anak gadisnya penuh rasa simpati apabila anaknya memuntahkan semula kesemua isi makanan yang baru sahaja dimakannya.

            “Amni tak ada apa-apa lah mama,” ucap Amni dengan badan yang sedikit mengigil akibat takut setelah menyedari sejak tadi pandangan mamanya seakan terpaku terus ke arahnya.

            “Amni, mari duduk sebelah mama,” panggil Datin Farhana kepada anaknya.

            Amni merenung mamanya dengan penuh perhatian. Amni seakan-akan dapat merasakan yang Datin Farhana seperti dapat menduga apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya. “Matila aku kalau mama tahu,” gumam Amni di dalam hati. Gadis itu bergerak dengan perlahan dan teragak-agak ke arah tempat dimana mamanya sedang duduk. Hatinya berasa gementar dan takut.

            “Mama! Amni tak ada apa-apa la, please get out from my room! Amni penat, nak rehat,” arah Amni dengan wajah yang merona merah dan kusut akibat ingin menyembunyikan semua ketakutannya.

            “Amni, mama tak nak Amni tipu mama, mama pasti  Amni menyembunyikan sesuatu daripada mama, let me know sayang,” rayu Datin Farhana.

            “Mama, jangan nak masuk campur hal Amni, bolehkan? Amni mohon keluar dari bilik Amni sekarang jugak,” sambil mengerut dahi Amni mengarahkan Datin Farhana keluar dan menarik tangan Datin Farhana seterusnya menghalaunya keluar dari bilik. Amni kemudiannya menutup pintu dengan kasar sehingga kedengaran bunyi pintu itu oleh Dato Zahran yang sedang menaiki tangga untuk menuju ke ruang bilik.

Datin Farhana sepertinya kelihatan sedih dan tidak dapat menduga apa yang sebenarnya berlaku kepada Amni. Dato Zahran dengan serta-merta menuju ke bilik Amni setelah mendengar bunyi pergaduhan antara isterinya dan anaknya itu. Dato Zahran segera mendapatkan Datin Farhana dan memapahnya ke bilik bacaan untuk membincangkan hal yang membuatkan pergaduhan kecil itu berlaku. Setelah Datin Farhana menceritakan peristiwa di mana Amni muntah dan keraguan yang telah muncul dalam fikiran Datin Farhana, Dato Zahran yakin anaknya itu telah menyembunyikan sesuatu. Dato Zahran kemudiannya dengan perasaan yang marah terus menuju ke bilik Amni untuk mendapatkan cerita yang sebenarnya. Datin Farhana mengekori Dato Zahran daripada belakang kerana takut sesuatu akan berlaku akibat daripada perasaan marah tersebut.

            “AMNI! AMNI! Buka pintu ni!” Dato Zahran berteriak dengan kasar sehingga membuat Amni tercabar dan seterusnya gadis itu membuka pintu yang telah diketuk dengan kasar berkali-kali oleh Dato Zahran.

“Apa papa ni? Ketuk pintu marah-marah, Amni nak tidurla!”

“Amni, kau jawab jujur dengan papa, apa yang Amni cuba sembunyikan dari papa dan mama?” Tanya Dato Zahran sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Amni. Amni sepertinya kelu kata-kata, gadis itu merasakan tiada guna lagi menyembunyikan semua rahsia itu.

“Amni pregnant! Puas hati papa dan mama!” meluncur laju ayat Amni sambil menyilangkan tangan dan berpeluk tubuh untuk mendapatkan kekuatan berdepan dengan Dato Zahran.

Dato Zahran terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh anak gadisnya itu. Dato Zahran kemudiannya melayangkan tamparannya ke pipi Amni. Amni mengalirkan air matanya begitu juga dengan Datin Farhana yang mengalirkan air mata setelah mendengar pengakuan anaknya itu.

“Papa nak tahu siapa orang yang membuatkan kau hamil?” Tanya Dato Zahran sambil memegang tangan anak gadisnya dengan kasar. “cepat bagi tau papa siapa orangnya,” arah Dato Zahran lagi dengan suara yang kuat dan menunjukkan wajah yang tidak berpuas hati apabila Amni tidak menjawab pertanyaannya dan Amni hanya menundukkan wajahnya.

“Am…ma….r,” jawab Amni dengan suara yang terketar-ketar.

“Perempuan bodoh, kau sudah tau Ammar adalah anak kepada musuh perniagaan papa, kenapa mesti kau berikan maruah kau kepada lelaki tu!” Dato Zahran sepertinya tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan berterusan untuk menolak anak gadisnya itu sehingga Amni terjatuh akibat ditolak Dato Zahran. Datin Farhana cuba menahan suaminya yang tengah marah dan cuba untuk menyelamatkan Amni daripada perlakuan ganas Dato Zahran.

Amni akhirnya bangun dan cuba melawan Dato Zahran yang tengah marah seperti singa lapar yang ingin membaham musuhnya.

“Papa kahwinkan aje Amni dengan Ammar, ni kan anak Ammar.” Akhirnya Amni bersuara.

“Papa tak bodoh macam kau Amni, papa tak kan kahwinkan kau dengan anak Dato Anuar tu, papa tak nak ada kaitan langsung dengan keluarga Dato Anuar! Kau fahamkan!”

“Ini anak Ammar bin Dato Anuar, papa tak boleh nak elakkan semua ini, papa perlu kahwinkan Amni dengan Ammar. Mungkin permusuhan antara Dato Zahran dan Dato Anuar boleh diselesaikan dan papa dan Uncle Anuar boleh berdamai dengan perlansungan perkahwinan antara Amni dan Ammar.” Jelas Amni dengan lancang.

“Amni, papa lebih rela kau gugurkan kandungan anak haram kau tu daripada keturunan papa berkahwin dengan anak Dato Anuar tu.”

“Sudah! Sudah! Mama tak nak dengar lagi! Amni tetap akan melahirkan bayi tuh dan Amni tak perlu berkahwin dengan Ammar.” Akhirnya Datin Farhana cuba untuk meleraikan pergaduhan antara Dato Zahran dan Amni. Datin Farhana cuba memujuk suaminya untuk kembali ke bilik mereka dan Datin Farhana menyuruh Amni untuk berehat dan membincangkan perkara pada keesokkan harinya. Seterusnya, Datin Farhana dan Dato Zahran kemudiannya kembali ke bilik mereka.

“Abang dah cakap jangan manjakan sangat Amni tu, tapi awak tak pernah nak dengarkan.”
“kenapa abang nak salahkan saya pulak? Kalau saya jadi abang, kahwinkan saja Amni dengan Ammar, selesai masalah! Tapi abang tu keras kepala, ikutkan sangat permusuhan lama tu.”
“Abang tak kan pernah mahu Ammar tuh jadi sebahagian daripada keluarga kita! Abang tahu Ammar tu bukan ikhlas untuk hidup bersama dengan Amni, Ammar nak balas dendam dengan keluarga kita! Anuar masih belum puas hati apabila abang merampas salah satu anak syarikat mereka.”

“Wahai Dato Zahran, lupakan la semua tu dan sekarang cuba untuk memikirkan kebahagiaan anak kita bang,” Datin Farhana sepertinya sudah hilang kata-kata untuk memujuk suaminya untuk menerima Ammar sebagai calon menantunya.

“Ana, tak mungkin Ammar akan membahagiakan Amni. Abang kenal sangat perangai Ammar tu yang kaki perempuan dan kuat berjoli, itu yang awak mahu untuk dijadikan menantu.”

“Jadi, nak biar orang bercakap tentang Amni yang mengandungkan anak luar nikah! Abang, kahwinkan aje Amni dengan pilihannya,” rayu Datin Farhana.

“Amni tetap akan Abang kahwinkan, tapi bukan dengan Ammar,”


Datin Farhana bingung dengan kata-kata Dato Zahran sebentar tadi. Datin Farhana yakin suaminya itu akan merancangkan sesuatu yang akan menyebabkan ramai yang menjadi mangsa. Datin Farhana cuba menduga siapa lagi yang akan dijadikannya pak sanggup untuk berkahwin dengan Amni. Datin Farhana akhirnya terlelap setelah berfikir segala kemungkinan yang akan berlaku dalam keluarganya.

BERSAMBUNG...