December 01, 2016

Kepada orang yang Patah Hati


Cerita ini saya tujukan kepada sesiapa yang patah hati di luar sana. Saya juga pernah merasakan sakitnya patah hati. Sakitnya kehilangan orang yang disayangi. Perkara pertama yang harus kita lakukan adalah kita nikmati proses patah hati itu. Walaupun saya tahu itu adalah suatu hal yang sulit. Tidak mengapa, teruskan nikmati proses penyembuhan hati itu, lakukan apa yang orang patah hati lakukan menangis sepuasnya sehhingga kamu tidak dapat mendengar suaramu sendiri, makan coklat sebanyak-banyaknya, duduk di kafe dengan wajah yang sedih dan pesan lemon ice untuk sejukkan hati yang tidak keruan. Seterusnya, izinkan dirimu bersedih dan menangislah seakan-akan hari itu adalah hari terakhir kamu menitiskan air mata. Setelah kamu puas bersedih, inilah saatnya kamu kembali dan bangkit untuk memulakan hari yang baru. Memulakan dengan perkara yang mudah, lihatlah dirimu di depan cermin dan katakan bahawa diriku berhak untuk berbahagia. Pergilah bertemu sahabat-sahabat, bergurau dan berketawa sehingga lupa waktu. Seterusnya, kita boleh melakukan perkara-perkara yang kita minat dan suka. Yakin ketika kamu berjaya bangkit dari semua perkara yang menyakitkan ini membuktikan bahawa kamu telah menang. Percayalah tentang suatu perkara, semua ini akan berlalu. Semua perkara buruk pasti akan berlalu pergi,  akan adanya pelangi setelah hujan, gelap pasti akan berganti terang dan luka pasti akan berganti senyuman tipis di wajah mu. Bahkan, bagi sesiapa yang saat ini masih bangun dengan mata yang sembab kerena lelah menangis, kuatkan diri mu dan bersabarlah. Bangunlah dengan jiwa dan semangat yang baru. Kita harus percaya dengan setiap takdir yang telah ditentukan untuk kita. Memang perit pada awalnya tapi suatu saat nanti pasti akan indah. Sesiapa yang menyayangi dirimu, tidak akan membiarkan dirimu menjadi pilihan baginya. Bahkan tidak akan pernah mengkhianati serta membohongi dirimu. Dan, sehingga kini saya percaya bahawa demi menyelamatkan saya daripada orang yang salah, Allah itu mematahkan hati saya pada awalnya. Untuk rakan-rakan lain di luar sana, kembalilah tersenyum dan kembalilah tertawa serta hilangkanlah murungmu.