"Iya.. dalam kelembutan sifat itu ianya boleh berubah menjadi tegas.."
"Kadang-kadang suara yang diam dan malu-malu itu boleh menggegar dunia.."
..Ini Cerita Dari Hati Untuk Mereka..
Selepas saya meneliti, ada banyak perkara yang berlaku beberapa hari ini.. cuma ada satu yang paling terkesan di hati saya adalah apabila saya melihat seseorang itu melayan pekerja barisan hadapan (cashier) tanpa ada rasa hormat dan sopan santun. Dia berusaha habis bercakap dengan lembut beserta dengan senyuman. TAPI! Kenapa seseorang itu masih mendonggakkan egonya dan meninggikan suaranya untuk menindas dan memijak-mijak diri pekerja itu. Dia cuba lagi merendahkan suara untuk bercakap dan senyuman masih lagi seperti yang pertama supaya seseorang itu mengerti dan cuba untuk memahami peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan pekerja itu. Namun, semuanya sia-sia! Macam-macam hamburan kata-kata yang diberikan kepada pekerja itu.. "kamu bodoh.." ayat yang tidak pernah akan saya lupa.. mungkin seseorang itu fikir semua orang yang kerja biasa-biasa itu adalah orang yang bodoh dan tidak berpelajaran. Mungkin juga dia berfikir orang yang bekerja memegang polisi "customer is always right" itu adalah orang yang tidak mempunyai akal yang logik mahupun pelajaran. Hidup ini seperti roda.. mungkin sekarang pekerja itu yang di bawah dan dipijak-pijak. TAPI! Suatu saat nanti pekerja itu akan bangkit berkali-kali bagi mengubati hatinya yang telah kecewa setelah dipijak-pijak oleh kata-kata hamburan yang kurang menyenangkan untuk didengar oleh mana-mana telinga. Kita perlu sedar yang mereka juga mempunyai perasaan.. Bila saat mereka bangun pagi dan bersiap untuk pergi bekerja, mereka sudah mula mengumpulkan semangat dan kekuatan untuk berhadapan dengan macam-macam ragam pelanggan. Walaupun penat, mereka berusaha kuat dan masih tersenyum dengan semua pelanggan dengan harapan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Mereka juga perlu dihargai! Cukup hargai mereka dengan cara bercakap lembut dengan penuh sopan santun dengan mereka. Jika kurang faham, tanya dengan baik dan tidak perlu untuk mengherdik dan meninggikan suara.. JIKA kita nak orang lain hormat kita dan berbuat baik dengan kita, kita sendiri yang perlu hormat dan berbuat baik dengan orang lain terlebih dahulu.. Tidak akan ada orang yang sempurna, begitu juga dengan perkara yang berlaku di dunia ini.. tidak ada yang akan berlaku dengan sempurna. Pasti akan ada kesilapan mahupun kekurangan. Sebab itu, cuba memahami mereka.. jangan herdik mahupun maki! Mereka cuma bekerja makan gaji dan mengikuti polisi yang telah ditetapkan oleh pihak atasan mereka. Mereka bukannya bodoh dan tidak berpelajaran.. mereka cuma bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal buat keluarga mereka. Bahkan, mereka bekerja untuk mengumpul duit bagi menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi untuk mengubah masa depan mereka. JADI, mereka bukannya orang yang bodoh! Juga bukan orang yang tidak perlu dihormati.. Suatu saat nanti pintu rezeki mereka pasti akan terbuka luas..
Apa yang saya boleh bantu adalah cukup untuk mendoakan agar pintu rezekinya akan sentiasa terbuka luas.. dan " anggap sahaja semua yang berlaku itu pasti akan ada manisnya.."