September 28, 2019

Setelah sekian lama..

Lama rasanya tidak menulis dan jenguk blog saya ni.. ada dua tahun sudah saya tinggalkan. Dulu bujang banyak la masa untuk menulis.. bila dah berumahtangga ni.. saya fokus dekat suami jak la. Hari ni teringat kisah lama, memori bibit bibit cinta.. ekh, tak bercinta sangat pun dengan suami. Pandang-pandang jak tapi malu nak bertegur. Suami la sibuk pandang pandang saya... pernah juga la bchat di fb.. tapi tak berapa sangat sebab suami pun jenis pemalu orangnya.  Lepas tuh, perkahwinan sahabat baik saya la menjadi tempat pertemuan kali kedua saya dan suami.. jeng jeng jeng..  sebenarnya suami saya adalah abang sulung kepada sahabat saya tuh.. okey mula la scene pandang-pandang.. kenal hati budi kejap jak lepas tuh keluarga suami datang meminang dan kami kahwin.. dalam masa 6 bulan jak semua tuh berlaku dengan pantas. Tiba-tiba saya ada suami. hihih. Tapi bercinta lepas kahwin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya. Bila bercinta lepas kahwin ni barulah kita boleh kenal suami dengan sepenuhnya. Sebab bercinta lama lama pun tidak akan menjanjikan kita kenal orang itu dengan lebih mendalam. Selalunya kalau bercinta ni malu-malu.. the true color tuh masih belum nampak lagi. Tapi bila sudah jadi suami isteri kita boleh kenal suami atau isteri dengan sepenuhnya. Jangan risau dan gusar, betapa besarnya kuasa lafaz akad nikah.. biarpun hanya berkenalan dalam tempoh yang singkat, namun bila sudah berkahwin, perasaan cinta dan sayang itu akan wujud dalam hati. Ini menunjukkan bahawa orang yang bernikah atau berkahwin sememangnya diredhai oleh ALLAH. Syukur Alhamdulillah.. ❤❤❤

No comments:

Post a Comment