October 20, 2015

Seindah Kasih Safirah Bab 4

Seindah Kasih Safirah 4


            “Zahran, aku perlukan pertolongan kau,” ujar Mazlan.
           
“Tolong apa Mazlan?” Dato Zahran bertanya.
           
“Pelabur dari Singapura tuh dah membatalkan semua pelaburan dalam projek company aku, sekarang syarikat I alami kerugian besar. Please Zahran, I janji lepas projek tuh berjaya, I akan bayar semua pinjaman tuh,” rayu Mazlan bersungguh-sungguh.

Mazlan merupakan sahabat baik Zahran sejak bertahun lamanya. Mazlan dan Zahran memang rapat sehingga berkongsi apa jua rahsia hidup.

Dato Zahran mula berfikir dengan ligat. Dato Zahran mengingat semula kisah silam sahabatnya Mazlan yang pernah diceritakan dahulu. Kisah hubungan cinta Mazlan dengan Siti Syuhada sejak di zaman Universiti yang membawa kepada perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga Mazlan yang membuatkan Mazlan terpaksa meninggalkan Siti Syuhada. Mazlan juga pernah berkongsi cerita mengenai anak lelakinya yang bernama Adi Fiqhrul iaitu anaknya dengan Siti Syuhada. Dato Zahran mula berfikir untuk menjodohkan Adi Fiqhrul dengan Amni secepat mungkin. Dato Zahran merasakan Adi Fiqhrul adalah calon yang ada di fikirannya buat masa ini.
           
“Aku boleh tolong kau Mazlan, tapi aku nak kau tolong aku juga.” Ujar Dato Zahran sambil tersenyum.
           
“Nak tolong apa?” tanya Mazlan.
            “Kau pernah cerita yang kau ada anak lelaki kan?” balas Dato Zahran.
           
“Ya, ada! Ahmad Hadi, tapi sekarang kan Hadi tengah sambung belajar, kenapa?” tanya Dato Mazlan lagi.
           
“Bukan Ahmad Hadi, yang aku maksudkan anak sulung kau dengan arwah Siti Syuhada, Adi Fiqhrul!” jawab Dato Zahran.
           
“Kenapa dengan Adi Fiqhrul?”
           
“Aku nak kahwinkan Adi Fiqhrul dengan anak aku, Amni!”
           
Mazlan memandang tepat ke wajah Dato Zahran.

            “Kahwin? Kenapa secara tiba-tiba?” tanya Mazlan.

            “Iya Mazlan! Aku perlu kahwinkan anak aku dengan segera. Amni Safirah mengandung anak luar nikah. Aku malu! Habis aku kalau rakan perniagaan dan pemegang saham tahu!” jelas Dato Zahran.

            “Permintaan ni sangat sukar buat aku Zahran,” ujar Mazlan.

“Aku sendiri belum pernah sempat berjumpa dengan Adi Fiqhrul, kau tau kan selama ni aku dapat tengok dia dari jauh jak. Macam mana aku nak suruh dia kahwin dengan Amni Safirah.” Wajah Mazlan sedikit kecewa dan sedih.

Mazlan yakin permintaan Dato Zahran tidak akan pernah dapat untuk dilaksanakan dengan segera dan secara langsung bantuan kewangan daripada sahabatnya itu akan hilang serta-merta.

“Mazlan, kau boleh pujuk anak kau untuk bersama dengan kau semula dan terima anak aku. Aku janji aku akan bantu syarikat kau tuh” pujuk Dato Zahran lagi.

Mazlan mula memikirkan sesuatu, dia perlu memujuk anak sulungnya kembali kepadanya. Dia sendiri juga amat merindui anaknya itu. Sudah tiba saatnya Adi Fiqhrul hidup bersamanya dan dia perlu melaksanakan tanggungjawab yang pernah ditinggalkannya dulu. Sekaligus untuk memenuhi syarat sahabatnya. Bantuan kewangan untuk membantu syarikatnya sememangnya diperlukan dengan serta-merta.

            “Macam mana?” tanya Dato Zahran. Lamunan Mazlan terhenti.

            “Zahran, aku akan cuba untuk mendapatkan anak aku kembali dan aku akan cuba untuk pujuk dia kahwin dengan anak kau” balas Mazlan.

           “Kalau macam tuh, kau mesti cuba dalam tempoh sebulan ni, perkahwinan ini perlu dijalankan dengan serta-merta.”

“Adi Fiqhrul akan terimakah perkahwinan ini dengan hati yang terbuka, perangai Adi Fiqhrul pun aku sendiri tidak pernah tahu macam mana karakternya” Gumam Mazlan dalam hati.


                        .      .      .      .      .


Mazlan menunggu kelibat Adi Fiqhrul dengan penuh sabar. Dia perlu bertemu dengan anaknya itu. Setelah Mazlan mendapat informasi keberadaan tempat Adi Fiqhrul menuntut ilmu. Beberapa minit kemudian telah berlalu. Mazlan terus mengenali wajah anaknya itu dengan mudah. Walaupun wajah itu tidak pernah ditemukannya, namun gambar yang ditatapnya selama beberapa tahun ini telah memudahkan dirinya untuk mengenali anaknya itu dengan mudah.

Mazlan mula bergerak berjalan menuju ke arah Adi Fiqhrul.

“Adi Fiqhrul!” Mazlan memberanikan diri untuk memanggil nama anak sulungnya itu.

“Iya Encik, ada apa?” tanya Fiqhrul dengan wajah yang kebingungan.

“Saya ada hal penting nak bincang dengan Fiqhrul, boleh ikut saya untuk berbincang di tempat lain?” ajak Mazlan.

“Berkenaan hal apa?”tanya Fiqhrul bingung.

“Sesuatu yang perlu Fiqhrul tahu, mengenai latar belakang Fiqhrul!” Pujuk Mazlan lagi.

Fiqhrul dengan segera menerima ajakan Mazlan dan terus mengikuti masuk ke dalam kereta Mazlan dan menuju ke sebuah restoran. Fiqhrul mula berasa kekok. Fiqhrul juga tidak sabar untuk mengetahui hal penting yang hendak dibincangkan oleh lelaki yang berada di hadapannya itu.

         “Hal apa yang Encik nak bincangkan?” Fiqhrul memulakan perbualan. Mazlan mula tidak berasa tenang.

 “Saya adalah Ayah kandung kepada Adi Fiqhrul!” jelas Mazlan perlahan-lahan.

Fiqhrul terkejut dengan pengakuan daripada lelaki tersebut.
           
“Jangan bergurau la Encik, ayah dan ibu saya sudah lama meninggal dunia. Nenek satu-satunya ahli keluarga yang saya ada!” balas Fiqhrul.

           “Biar ayah jelaskan semuanya ya. Ayah dan arwah ibu Fiqhrul saling mencintai, kami bercinta dan kahwin. Tapi perkahwinan kami tidak mendapat restu. Arwah ibu kepada ayah iaitu nenek Fiqhrul teringin nak kahwinkan ayah dengan orang lain. Ayah dan arwah ibu Fiqhrul berpindah dan tinggal di kampung bersama nenek Fiqhrul. Kemudian ayah menerima panggilan dari arwah nenek Fiqhrul, yang datuk Fiqhrul diserang sakit jantung. Selepas kematian datuk Fiqhrul, Ayah perlu menemani nenek Fiqhrul yang mengalami tekanan perasaan dan Ayah perlu mengambil alih tanggungjawab arwah atuk Fiqhrul di syarikat tuh.” luah Mazlan dengan bersungguh-sungguh.
           
            “Lepas tuh Encik tinggalkan ibu saya?” tanya Fiqhrul.

“Ayah yang salah! ayah terpaksa memenuhi permintaan arwah nenek Fiqhrul. Masa tuh nenek Fiqhrul sakit tenat. Ayah terpaksa berkahwin dengan Halena isteri ayah sekarang. Lepas sahaja berkahwin dengan Halena, Ayah malu untuk bertemu dengan arwah ibu Fiqhrul. Ayah curang! Ayah membuat keputusan untuk tinggalkan arwah ibu Fiqhrul, ayah hilang tanpa khabar.”

Kedengaran sayu Mazlan menceritakan kesemua kisah silam terhadap anaknya.

               Fiqhrul masih kelihatan bingung dengan apa yang baru sahaja di dengarnya.

 “Beberapa tahun kemudian, ayah mula mengupah penyiasat untuk siasat perkembangan hidup arwah ibu Fiqhrul. Barulah ayah tahu Siti Syuhada, wanita yang paling ayah sayang telah meninggal dunia dan telah melahirkan seorang bayi lelaki Adi Fiqhrul. Ayah pernah datang untuk mengambil Fiqhrul tapi nenek Fiqhrul tidak mengizinkan dan membawa lari Fiqhrul berpindah ke kampung lain. Ayah cuba mencari dan menjejaki Fiqhrul dan 2 tahun yang lalu ayah tahu keberadaan Fiqhrul dan ayah hanya boleh tengok gambar Fiqhrul dan peduli Fiqhrul dari jauh. Ayah minta maaf. Ayah menyesal dengan perbuatan ayah.” Sambung Mazlan lagi dan dengan laju Mazlan menitiskan air mata.

Fiqhrul sepertinya hilang kata-kata dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Pelbagai perasaan yang dirasai oleh Fiqhrul. Sama ada gembira ataupun sedih. Tanpa berfikir panjang, Fiqhrul hanya terus memeluk ayah yang lama dirinduinya. Fiqhrul yakin perasaannya sekarang adalah berasa bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah. Namun, pelbagai soalan yang kini timbul dalam fikirannya. “Kenapa nenek perlu tipu dengan aku,” getus Fiqhrul di dalam hati. Fiqhrul ingin sekali terus pulang ke kampung untuk mendapatkan penjelasan dari neneknya. Fiqhrul meleraikan pelukan ayahnya.
           
“Fiqhrul bersyukur sebab ada aa...y...ah lagi,” luah Fiqhrul dengan suara yang terketar-ketar kerana masih belum biasa untuk menggunakan gelaran ayah. Seterusnya Mazlan menghantar Fiqhrul untuk pulang ke kampung dan berbincang dengan Nek Yam untuk menuntut Fiqhrul kembali sebagai anak sulungnya. Sepanjang perjalanan pelbagai topik yang dibicarakan oleh Fiqhrul dan ayahnya. Mazlan akui yang Fiqhrul sememangnya anak yang mendengar kata dan menghormati orang tua. Fiqhrul juga seorang lelaki yang bijak dan mempunyai raut wajah yang tampan. “Persis sepertiku,” bisik Mazlan di dalam hati.

 Mazlan tersenyum. Dia bersyukur kerana anaknya itu tidak menyalahkan dirinya. Malah menerimanya dengan hati yang terbuka. Sudah terlalu lama dia mengimpikan untuk menajalankan tanggungjawabnya terhadap anaknya itu.  

No comments:

Post a Comment