August 12, 2015

Seindah Kasih Safirah BAB 2

Seindah Kasih Safirah 2

“Nek, jangan la  buat kerja kuat sangat! Biar Fiqh tolong nenek,”

“Tak pa la Fiqh, Nenek masih kuat lagi ni! Fiqh pergi bersiap nanti lewat pulak ke kolej.” arah nek yam kepada cucunya.

Nek yam la orang yang telah menjaga dan merawat Mohd Adi Fiqhrul selepas kematian ibu Fiqhrul pada 15 tahun yang lalu. Nek Yam mengenang kembali kehidupannya bersama dengan anak tunggal nek yam satu-satunya iaitu Siti Syuhada yang amat disayanginya. Namun arwah anaknya itu telah memutuskan untuk berkahwin dengan usahawan yang tidak nek yam ketahui asal usul keturunannya. Nek yam hanya mampu untuk bersetuju dan merestui perkahwinan tersebut. Siti Syuhada telah berkahwin dengan usahawan itu selama 2 tahun, namun Nek yam mahupun Siti Syuhada tidak mengetahui siapa sebenarnya Usahawan itu. Sehinggalah suatu hari apabila suami kepada Siti Syuhada pergi ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Sejak hari itu suami Siti Syuhada tidak pernah balik lagi ke kampung. Siti Syuhada selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas 1 tahun suaminya menghilang. Setelah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Siti Syuhada pula meninggal dunia akibat daripada tekanan perasaan yang di alaminya selepas ditinggalkan suaminya.

“Nenek, nenek ,” kedengaran suara Fiqhrul yang memanggil daripada tangga dapur rumah tersebut. Lamunan Nek yam mengenai kenangan lalu pun kabur dengan serta-merta

“Fiqh, adui, maaf! Nenek tak sedar tadi.” Nek yam seterusnya bergerak perlahan ke arah cucunya dan menghantar cucunya ke halaman rumah.

“Nek, Fiqh pergi dulu yah, nenek jaga diri, ada apa-apa call Fiqh tau.” Arah Fiqh sambil memakai topi keledarnya.

“iyah, Fiqh pun hati-hati tau, jangan lupa makan tengahari.”

“bye nek, assalammualaikum,” ucap Fiqh dengan tangannya yang melambai Nek Yam.

Fiqhrul yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pengajian Tinggi Malaysia telah melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap menara gading. Adi Fiqhrul merupakan pelajar Tahun Dua di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan Perniagaan dan Ekonomi.

Nek Yam melihat Fiqhrul yang sudah berlalu pergi sehingga hilang daripada pandangannya. Nek Yam seterusnya duduk di tangga dan memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan cucunya, Nek Yam belum bersedia untuk menceritakan kepada Fiqh mengenai ayah kandungnya yang sebenar. Nek yam pernah melihat wajah Mazlan di surat khabar dan kini lebih dikenali sebagai Dato Mazlan yang semakin berjaya dalam bidang perniagaan. Nek yam ingin memadamkan kenangan Mazlan yang dianggapnya lelaki yang tidak bertanggungjawab itu untuk hilang terus bersama arwah anaknya Siti Syuhada.

“Kalaulah Siti Syuhada masih hidup, pasti arwah akan berbangga dengan satu-satunya anak yang arwah lahirkan dari nilai kasih sayang antara Syuhada dengan Mazlan.” Luah nek yam.
                          . . . . . . . . . . . . . 

Nek yam pun masuk ke dalam rumah dengan langkah yang sangat lemah dan sedih mengingatkan arwah Siti Syuhada.

Kala Nek Yam sedang leka menyediakan makan tengahari didapur, kedengaran seperti seseorang sedang memberi salam di luar rumah. Nek Yam bergegas ke  luar untuk melihat gerangan tetamu tersebut. Nek Yam terkejut melihat sosok tubuh yang sangat dikenalinya pada suatu ketika dahulu.

“Untuk apa kau datang ke sini? kami sekeluarga tidak memerlukan kau di sini Mazlan. PERGI KAU!” Nek Yam menolak Mazlan sehingga jatuh.

“Mak, maafkan Mazlan. Mazlan nak jumpa anak Mazlan mak.” Rintih Mazlan.

 “ANAK? kau gila ka Mazlan?” marah Nek Yam.

“Mazlan tahu mak, Mazlan dan arwah Syuhada ada anak lelaki bernama Adi Fiqhrul.” Ujar Mazlan.
          
         “Sah kau gila Mazlan! Kau tak ada anak pun dengan arwah Syuhada! Aku benci kau! Kau penyebab anak aku mati! Kau keluar dari sini!”
Nek yam berusaha menghalau Mazlan sehingga Mazlan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan kata-kata memohon maaf daripada Nek yam.

        “Mak, nanti Mazlan akan kembali untuk bertemu dengan Adi Fiqhrul saya. Mazlan akan menceritakan kisah sebenar kepada dia”.

Mazlan akhirrnya mengaku kalah dan bergerak untuk meninggalkan rumah tersebut. Seterusnya Nek yam jatuh terjelopok ke lantai akibat terkejut dengan kedatangan lelaki yang amat dibencinya.

           “Ya Allah, cubaan apa yang Engkau berikan kepada aku ini, aku tak nak satu-satunya harta yang aku ada dirampas oleh manusia yang tidak bertanggungjawab itu”. Nek yam mengalirkan air matanya dengan deras dan seterusnya masuk ke bilik untuk menunaikan solat zohor.

                         . . . . . . . . . . . . . . 

“Yoi Fiqh, aku cari kau merata tempat rupanya kau disini!” sapa Shakir sambil menepuk bahu Fiqh dari belakang.

Shakir merupakan sahabat baik kepada Fiqh. Shakir juga adalah teman serumah Fiqh yang menyewa salah sebuah Flat murah yang berdekatan dengan kampus  mereka. Fiqh dan Shakir juga sama-sama bekerja sambilan pada waktu malam di sebuah mini market yang buka selama 24 jam berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

            “Apalah kau nie Shakir, tak bolehkah kalau mahu tegur orang tuh guna bahasa yang elok sikit? Assalammualaikumkah.” Ujar Fiqh tegas bercampur geram.

            “Alah, sorry la kawang, bukan apa aku dah cari kau merata tapi sekarang baru jumpa. Aku teruja la sampai lupa nak bagi salam!” ujar Shakir.

            “Apahalnya yang kau nak jumpa aku sangat ni, ada yang pentingka?” balas Fiqh selamba.

          “Kekasih hati kau mencari, katanya rindu” ucap Shakir. Shakir seterusnya senyum yang berbau sindirin kepada Fiqh. Kekasih hati yang dimaksudkan Shakir ialah Erin. Erin adalah sahabat baik kepada Fiqh. Fiqh mula rapat dengan Erin sejak mereka memulakan pengajian tahun pertama di IPTA tersebut. Fiqh telah berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Erin untuk menjadi seorang sahabat yang akan kekal bersama dikala waktu susah dan senang. Kini Fiqh semakin yakin yang gadis itu merupakan sahabat yang terbaik buat Fiqh.

            “Shakir, kau tolong inform dekat Erin yang aku ada hal kejap, nanti masa makan tengahari jumpa di cafe. Ok!” Pesan Fiqh. Fiqh seterusnya menyusun kesemua barangnya dan memasukkan ke dalam beg galasnya.

Kini Fiqhrul berjalan terus menuju ke bilik Prof. Asri iaitu pensyarah yang menjadi mentor kepada Fiqh dalam subjek Keusahawanan. Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Prof. Asri, perhatian Fiqh beralih ke arah jalan raya. Fiqh melihat seorang gadis yang tidak menyedari kereta semakin menghampirinya dan bila-bila masa sahaja kereta itu akan menghumban tubuh badan gadis tersebut. Fiqh segera berlari dan meluru ke arah gadis itu untuk menyelamatkannya. Fiqh menarik gadis itu ke tepi jalan raya agar selamat daripada dilanggar kereta. Fiqh turut terjatuh dan luka di bahagian lengan akibat daripada dihempap oleh gadis itu. Kali ini, gadis itu berada betul-betul di atas badan Fiqh, mereka berdua berdiam diri dan saling mula bertentang mata.

            “Amni!” bisik Fiqhrul di dalam hati.
Fiqh merasakan degupannya jantungnya semakin laju. Begitu juga dengan Amni. “Ya ampun, mimpi kah aku ni?” bisik Fiqh lagi di dalam hati. Lamunan keduanya kemudian terhenti.

            “Kalau mau menyeberang jalan tuh jangan guna hidung, guna mata cik adik. Ok!” Ucap Fiqh dengan tegas.
Amni bangun dan menolak Fiqh ke tepi tanpa membantu dan mengucapkan terima kasih kepada Fiqh. Amni akhirnya berlalu pergi dengan wajah yang tidak bermaya.

            “Huk, dah ditolong tapi tak ucap terima kasih pun.” Gomel Fiqh di dalam hati.
Fiqh sudah mengenali dengan jelas siapa Amni sebenarnya. Wanita yang menjadi kegilaan lelaki di kolej ini. Anak Dato yang kurang bergaul dan hanya berkawan dengan orang-orang yang tertentu sahaja. Tapi Fiqh sememangnya mengakui walaupun Amni adalah seorang yang tidak mesra tapi Amni adalah gadis yang mempunyai raut wajah yang ayu, jelita, comel dan mampu mengoncang hati mana-mana lelaki. Wajah itu memberi ketenangan kepada lelaki yang akan memilikinya nanti. 

             “Untunglah siapa yang dapat nanti!” ucap Fiqh dengan bibir tersenyum.
                       
 “Awak, ok ka nie?” Tanya Erin
            “Saya ok lah, luka nie kecil jak, jangan risau yah.” Balas Fiqh sambil mencuit hidung Erin yang mancung.
Erin tersenyum diperlakukan sebegitu oleh Fiqh. Lelaki yang telah bertapak di dalam hatinya sejak kali pertama dia memandang Adi Fiqhrul semasa pendaftaran 2 tahun yang lalu.

“Awak, abang long Erin nak jumpa sangat dengan Fiqh, bolehkah?”
Fiqh tergelak. Fiqh tidak menyangka dia mempunyai kessempatan untuk berjumpa empat mata dengan abang long Erin yang dikatakan garang.

            “Awak, kenapa gelak?” wajah dan nada Erin mula berubah menjadi geram dan tegas.

          “Awak, saya cuma hairan kenapa abang awak nak jumpa. Dia nak kahwinkan kita berdua kah?” gurau Fiqh dengan penuh semangat.

Terukir senyuman bahagia di wajah Erin dan seterusnya mereka berdua bergurau senda bersama. Tanpa mereka sedari kemesraan mereka telah menimbulkan cemburu di hati Shakir yang melihat kelakuan Fiqh dan Erin daripada jarak yang agak jauh daripada mereka. Shakir juga telah lama menyimpan perasaan sayang terhadap Erin. Shakir berharap suatu hari nanti Erin adalah miliknya.



BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment