August 12, 2015

Seindah Kasih Safirah BAB 1

Seindah Kasih Safirah 1

          
  “Amni! Amni kenapa muntah-muntah ni?” Datin Farhana merenung wajah anak gadisnya penuh rasa simpati apabila anaknya memuntahkan semula kesemua isi makanan yang baru sahaja dimakannya.

            “Amni tak ada apa-apa lah mama,” ucap Amni dengan badan yang sedikit mengigil akibat takut setelah menyedari sejak tadi pandangan mamanya seakan terpaku terus ke arahnya.

            “Amni, mari duduk sebelah mama,” panggil Datin Farhana kepada anaknya.

            Amni merenung mamanya dengan penuh perhatian. Amni seakan-akan dapat merasakan yang Datin Farhana seperti dapat menduga apa yang sebenarnya berlaku kepada dirinya. “Matila aku kalau mama tahu,” gumam Amni di dalam hati. Gadis itu bergerak dengan perlahan dan teragak-agak ke arah tempat dimana mamanya sedang duduk. Hatinya berasa gementar dan takut.

            “Mama! Amni tak ada apa-apa la, please get out from my room! Amni penat, nak rehat,” arah Amni dengan wajah yang merona merah dan kusut akibat ingin menyembunyikan semua ketakutannya.

            “Amni, mama tak nak Amni tipu mama, mama pasti  Amni menyembunyikan sesuatu daripada mama, let me know sayang,” rayu Datin Farhana.

            “Mama, jangan nak masuk campur hal Amni, bolehkan? Amni mohon keluar dari bilik Amni sekarang jugak,” sambil mengerut dahi Amni mengarahkan Datin Farhana keluar dan menarik tangan Datin Farhana seterusnya menghalaunya keluar dari bilik. Amni kemudiannya menutup pintu dengan kasar sehingga kedengaran bunyi pintu itu oleh Dato Zahran yang sedang menaiki tangga untuk menuju ke ruang bilik.

Datin Farhana sepertinya kelihatan sedih dan tidak dapat menduga apa yang sebenarnya berlaku kepada Amni. Dato Zahran dengan serta-merta menuju ke bilik Amni setelah mendengar bunyi pergaduhan antara isterinya dan anaknya itu. Dato Zahran segera mendapatkan Datin Farhana dan memapahnya ke bilik bacaan untuk membincangkan hal yang membuatkan pergaduhan kecil itu berlaku. Setelah Datin Farhana menceritakan peristiwa di mana Amni muntah dan keraguan yang telah muncul dalam fikiran Datin Farhana, Dato Zahran yakin anaknya itu telah menyembunyikan sesuatu. Dato Zahran kemudiannya dengan perasaan yang marah terus menuju ke bilik Amni untuk mendapatkan cerita yang sebenarnya. Datin Farhana mengekori Dato Zahran daripada belakang kerana takut sesuatu akan berlaku akibat daripada perasaan marah tersebut.

            “AMNI! AMNI! Buka pintu ni!” Dato Zahran berteriak dengan kasar sehingga membuat Amni tercabar dan seterusnya gadis itu membuka pintu yang telah diketuk dengan kasar berkali-kali oleh Dato Zahran.

“Apa papa ni? Ketuk pintu marah-marah, Amni nak tidurla!”

“Amni, kau jawab jujur dengan papa, apa yang Amni cuba sembunyikan dari papa dan mama?” Tanya Dato Zahran sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Amni. Amni sepertinya kelu kata-kata, gadis itu merasakan tiada guna lagi menyembunyikan semua rahsia itu.

“Amni pregnant! Puas hati papa dan mama!” meluncur laju ayat Amni sambil menyilangkan tangan dan berpeluk tubuh untuk mendapatkan kekuatan berdepan dengan Dato Zahran.

Dato Zahran terkejut dengan pengakuan yang dibuat oleh anak gadisnya itu. Dato Zahran kemudiannya melayangkan tamparannya ke pipi Amni. Amni mengalirkan air matanya begitu juga dengan Datin Farhana yang mengalirkan air mata setelah mendengar pengakuan anaknya itu.

“Papa nak tahu siapa orang yang membuatkan kau hamil?” Tanya Dato Zahran sambil memegang tangan anak gadisnya dengan kasar. “cepat bagi tau papa siapa orangnya,” arah Dato Zahran lagi dengan suara yang kuat dan menunjukkan wajah yang tidak berpuas hati apabila Amni tidak menjawab pertanyaannya dan Amni hanya menundukkan wajahnya.

“Am…ma….r,” jawab Amni dengan suara yang terketar-ketar.

“Perempuan bodoh, kau sudah tau Ammar adalah anak kepada musuh perniagaan papa, kenapa mesti kau berikan maruah kau kepada lelaki tu!” Dato Zahran sepertinya tidak dapat mengawal perasaan marahnya dan berterusan untuk menolak anak gadisnya itu sehingga Amni terjatuh akibat ditolak Dato Zahran. Datin Farhana cuba menahan suaminya yang tengah marah dan cuba untuk menyelamatkan Amni daripada perlakuan ganas Dato Zahran.

Amni akhirnya bangun dan cuba melawan Dato Zahran yang tengah marah seperti singa lapar yang ingin membaham musuhnya.

“Papa kahwinkan aje Amni dengan Ammar, ni kan anak Ammar.” Akhirnya Amni bersuara.

“Papa tak bodoh macam kau Amni, papa tak kan kahwinkan kau dengan anak Dato Anuar tu, papa tak nak ada kaitan langsung dengan keluarga Dato Anuar! Kau fahamkan!”

“Ini anak Ammar bin Dato Anuar, papa tak boleh nak elakkan semua ini, papa perlu kahwinkan Amni dengan Ammar. Mungkin permusuhan antara Dato Zahran dan Dato Anuar boleh diselesaikan dan papa dan Uncle Anuar boleh berdamai dengan perlansungan perkahwinan antara Amni dan Ammar.” Jelas Amni dengan lancang.

“Amni, papa lebih rela kau gugurkan kandungan anak haram kau tu daripada keturunan papa berkahwin dengan anak Dato Anuar tu.”

“Sudah! Sudah! Mama tak nak dengar lagi! Amni tetap akan melahirkan bayi tuh dan Amni tak perlu berkahwin dengan Ammar.” Akhirnya Datin Farhana cuba untuk meleraikan pergaduhan antara Dato Zahran dan Amni. Datin Farhana cuba memujuk suaminya untuk kembali ke bilik mereka dan Datin Farhana menyuruh Amni untuk berehat dan membincangkan perkara pada keesokkan harinya. Seterusnya, Datin Farhana dan Dato Zahran kemudiannya kembali ke bilik mereka.

“Abang dah cakap jangan manjakan sangat Amni tu, tapi awak tak pernah nak dengarkan.”
“kenapa abang nak salahkan saya pulak? Kalau saya jadi abang, kahwinkan saja Amni dengan Ammar, selesai masalah! Tapi abang tu keras kepala, ikutkan sangat permusuhan lama tu.”
“Abang tak kan pernah mahu Ammar tuh jadi sebahagian daripada keluarga kita! Abang tahu Ammar tu bukan ikhlas untuk hidup bersama dengan Amni, Ammar nak balas dendam dengan keluarga kita! Anuar masih belum puas hati apabila abang merampas salah satu anak syarikat mereka.”

“Wahai Dato Zahran, lupakan la semua tu dan sekarang cuba untuk memikirkan kebahagiaan anak kita bang,” Datin Farhana sepertinya sudah hilang kata-kata untuk memujuk suaminya untuk menerima Ammar sebagai calon menantunya.

“Ana, tak mungkin Ammar akan membahagiakan Amni. Abang kenal sangat perangai Ammar tu yang kaki perempuan dan kuat berjoli, itu yang awak mahu untuk dijadikan menantu.”

“Jadi, nak biar orang bercakap tentang Amni yang mengandungkan anak luar nikah! Abang, kahwinkan aje Amni dengan pilihannya,” rayu Datin Farhana.

“Amni tetap akan Abang kahwinkan, tapi bukan dengan Ammar,”


Datin Farhana bingung dengan kata-kata Dato Zahran sebentar tadi. Datin Farhana yakin suaminya itu akan merancangkan sesuatu yang akan menyebabkan ramai yang menjadi mangsa. Datin Farhana cuba menduga siapa lagi yang akan dijadikannya pak sanggup untuk berkahwin dengan Amni. Datin Farhana akhirnya terlelap setelah berfikir segala kemungkinan yang akan berlaku dalam keluarganya.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment